Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Death Stranding Tidak Akan Mempunyai Skrin ‘Game Over’

Jadi, apa yang akan berlaku?

Wakambing by Wakambing
June 2, 2019
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Death Stranding Tidak Akan Mempunyai Skrin ‘Game Over’
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan pada tahun 2016, kita telah melihat banyak cerita mengenai Death Stranding. Namun, masih belum jelas bagaimana game itu akan membawa jalan ceritanya tersendiri. Baru-baru ini juga kita disajikan dengan trailer yang hampir 9 minit panjang. Laman web rasmi game ini juga telah dikemas kini untuk memberikan gambaran yang lebih baik mengenai pengalaman tentang Death Stranding.

Matlamat game ini adalah untuk “menyatukan kembali negara yang terpisah” sambil membawa kargo besar di bahu, yang nampaknya memerlukan tenaga dan aktiviti yang lasak. Antara cabarannya termasuklah melindungi bekalan berharga dari penyamun, mengelakkan raksasa aneh yang dipanggil Beached Things, dan mencari cara untuk merintangi dunia dengan membina jambatan atau mencari jalan baru.

Death Stranding

Dalam satu temubual baru, Kojima mendedahkan apa yang akan berlaku dalam game ini dan bagaimana ia dihubungkan dengan tema antara hidup dan mati. Kojima berkata:

“Saya mahu orang menyedari bahawa ketika mereka mati dalam game, itu bukanlah pengakhirannya.”

Death Stranding black holes Norman Reedus

Ini bermaksud, Death Stranding tidak akan memasukkan skrin tradisional ‘Game Over’, pemain sebaliknya akan dibawa masuk ke dalam dunia bawah tanah berair (underwater) yang lain. Pada ketika itu, pemain tidak akan mati atau hidup. Ini bersamaan dengan skrin yang mengatakan ‘Continue?’ dan akan terdapat jam kiraan yang berdetik sehingga sifar, kata Kojima.

Walaupun Kojima menegaskan bahawa game ini akan masuk akal dan semuanya akan bersambung satu demi satu, tidak semua orang berasa yakin memandangkan betapa anehnya permainan itu kelihatan buat masa ini. Death Stranding juga akan menampilkan mode multiplayer di mana pemain akan dapat membantu pemain lain dengan menghantar mereka bekalan atau memberikan arah untuk rumah yang selamat. Sudah tentu, walaupun dengan butiran-butiran sebegini, masih banyak yang kita tidak tahu, tetapi sekurang-kurangnya ia sudah pun mempunyai tarikh keluaran. Death Stranding akan hadir ke PS4 pada 8 November tahun ini.

Sumber: The Verge

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: deathgame overkojimaPS4stranding
Previous Post

Bos Liga Overwatch Berpindah ke Fortnite

Next Post

Terdapat Mode Baru Dalam Apex Legends, Khas Untuk Pemain Elit Sahaja

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Terdapat Mode Baru Dalam Apex Legends, Khas Untuk Pemain Elit Sahaja

Terdapat Mode Baru Dalam Apex Legends, Khas Untuk Pemain Elit Sahaja

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd