Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Death Stranding Bakal Tinggalkan Xbox Game Pass, Diganti dengan 5 Game Baru Ogos Ini!

Maira by Maira
August 2, 2023
in Artikel, Berita, Cloud, Game, PC, Senarai, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Death Stranding Bakal Tinggalkan Xbox Game Pass, Diganti dengan 5 Game Baru Ogos Ini!

Kredit: Xbox

Share on FacebookShare on Twitter

Setiap bulan, Xbox biasanya akan mengumumkan 2 game atau lebih yang akan dimasukkan ke dalam servis game pass mereka. Untuk awal bulan Ogos ini, mereka hanya menambah sebanyak 5 game iaitu Airborne Kingdom, Broforce Forever, Everspace 2 dan banyak lagi ke dalam Xbox Game Pass.

A Short Hike (Cloud, Konsol, PC) – 3 Ogos

Mendaki dan terbang melalui landskap gunung yang damai di Hawk Peak Provincial Park. Ikuti denai yang ditandakan atau terokai kawasan pedalaman semasa anda menuju ke puncak. Sepanjang perjalanan, temui pendaki lain, temui khazanah tersembunyi dan nikmati dunia di sekeliling anda.

Broforce Forever (Cloud, Konsol, PC) – 8 Ogos

Broforce merupakan game aksi side-scrolling run ‘n’ gun, di mana anda dalam kawalan ke atas organisasi separa tentera yang kurang dibiayai dan terlalu berkuasa. Kandungan Broforse Forever menawarkan kempen dipertingkatkan dan diperluas dengan kendungan baru untuk dibuka termasuklah enam watak ultra patriotik dan empat cabaran demokrasi baru!

Limbo (Cloud, Konsol, PC) – 9 Ogos

Limbo merupakan sebuah game puzzle yang hadir dengan reka bentuk visual dan bunyi yang mendalam. Naratifnya yang gelap serta ruang berkabus akan bersama anda selamanya.

Airborne Kingdom (Cloud, Konsol, PC) – 10 Ogos

Airborne Kingdom adalah game pembinaan dan pengurusan bandar. Besarkan bandar unik anda di atas langit dan terapung atas landskap yang luas. Terokai langit-langit untuk memulihkan ketenangan dunia.

Everspace 2 (Cloud, Xbox Series X|S) – 15 Ogos

Tersedia di PC dan akan hadir ke Xbox Series X|S dan Cloud! Sebagai seorang pilot, anda akan harungi cabaran brutal dalam game single-player space shooter. Mulakan pengembaraan sci-fi di kawasan luas penuh dengan rahsia, teka-teki dan bahaya! Naikkan level, kraf dan rampas peralatan yang lebih baik untuk bertahan di pinggir angkasa.

Pada 15 Ogos nanti, empat game akan meninggalkan Game Pass termasuklah Death Stranding. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass bulan ini:

  • Death Stranding (PC)
  • Edge of Eternity (Cloud, Console, and PC)
  • Midnight Fight Express (Cloud, Console, and PC)
  • Total War: Warhammer III (PC)

Setakat ini, itu sahaja game yang ditambah oleh Xbox ke dalam Game Pass mereka pada akhir bulan Julai ini. Kalau ada yang berminat untuk bermain game yang disediakan, anda wajib langgan Xbox Game Pass dengan hanya RM15. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: A Short HikeAirborne KingdomBroforce ForeverEverspace 2LimboXbox Game Pass Ogos
ShareTweetSend
Previous Post

Murah tapi berprestasi, vivo Y78 5G kini tersedia di Malaysia – berharga RM 1399!

Next Post

Star Wars Jedi: Survivor Akan Hadir ke PS4 & Xbox One, Kini Dalam Peringkat Awal Pembangunan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Star Wars Jedi: Survivor Akan Hadir ke PS4 & Xbox One, Kini Dalam Peringkat Awal Pembangunan!

Star Wars Jedi: Survivor Akan Hadir ke PS4 & Xbox One, Kini Dalam Peringkat Awal Pembangunan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd