Walaupun tidak banyak filem Marvel yang akan keluar pada tahun 2024, Deadpool & Wolverine merupakan salah satu filem terbesar daripada Marvel Studios. Bersama Wolverine, Deadpool bakal menyeberang ke MCU di mana kita dapat melihat lebih dalam ke kisah filem dan apa yang akan terjadi kali ini di Marvel Cinematic Universe.
Berikut adalah trailer-nya:
Sebagai konteks, ini merupakan filem ketiga Deadpool dan akan menjadi filem pertama dalam francais yang dibangunkan di bawah Marvel Studios berikutan pemerolehan 20th Century Fox oleh Disney. Ryan Reynolds kembali memainkan watak Deadpool, bersama Hugh Jackman yang akan mengulangi watak ikoniknya sebagai Wolverine dalam Marvel Cinematic Universe buat kali pertama.

Ramai tertanya bagaimana Wolverine akan kembali dalam filem tetapi trailer nampaknya sudah mengesahkan bahawa ini adalah varian MCU. Secara langsung, ini mengesahkan bahawa Wolverine dalam filem Logan sudah meninggal dunia dan tidak akan kembali.

Seperti yang dilihat dalam trailer, Wade Wilson (a.k.a Deadpool) akan merekrut Wolverine baharu – seorang varian yang telah “mengecewakan seluruh dunianya” menurut Mister Paradox daripada Time Variance Authority. Terperangkap di dalam Void at the End of Time (dilihat dalam Marvel’s Loki), Wolverine dan Deadpool akhirnya akan bekerjasama untuk menyelamatkan keseluruhan realiti multiverse.

Sebagai tambahan, kostum penuh Logan dalam Deadpool & Wolverine turut ditunjukkan dan lebih tepat mirip komik original. Walaupun tidak dipaparkan dalam trailer, Wolverine juga akan memakai topeng klasiknya dalam filem baharu itu juga.

Setelah tampil dalam trailer pertama Deadpool & Wolverine , Cassandra Nova membuat kemunculan penuhnya dalam trailer terbaru. Dilakonkan oleh Emma Corrin, Cassandra Nova mengawal seluruh Void at the End of Time, dan memiliki pasukan khas bernama Brotherhood of Mutants (yang terdiri daripada mutant jahat daripada filem lama X-Men). Dalam komik, Cassandra Nova ialah kembar jahat kepada Professor Charles Xavier.
Lebih mengerikan lagi, Cassandra Nova menjadikan tengkorak dan helmet Ant Man sebagai markas utamanya. Helmet itu dijadikan sebagai rumahnya manakala helmet berfungsi sebagai lapisan perlindungan.

Bukan itu sahaja masalah yang mereka akan hadapi, Void at the End of Time juga mengandungi Alioth, entiti besar yang pertama kali dilihat dalam siri Loki. Di penghujung trailer, Alioth sedang mengejar Deadpool dan Wolverine tetapi duo tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan melompat melalui portal ajaib. Secara khusus, ini adalah portal sama yang sering dibuka oleh Doctor Strange dan ahli sihir Kamar-Taj dalam MCU.

Portal ini menandakan kedua-dua Deadpool dan Wolverine akan menjelajah banyak multiverse untuk cuba menyelamatkan dunia MCU. Bagaimana Deadpool akan berinteraksi dengan rakan MCU yang lain? Saya tidak pasti tetapi yakin filem ini akan memukaukan minda semua peminat Marvel Malaysia.

Deadpool & Wolverine dijangkan akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 25 Julai 2024. Untuk baca segala berita kami tentang Deadpool, sila tekan SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post