Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead by Daylight akan dapat game seram ‘single-player’, dibuat oleh studio Until Dawn

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2023
in Artikel, Berita, Seram, Single Player
0 0
0
Dead by Daylight akan dapat game seram ‘single-player’, dibuat oleh studio Until Dawn
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ketujuh, Behavior Interactive telah mengumumkan beberapa projek baharu dalam francais Dead by Daylight termasuk game naratif ‘single-player’ yang dibuat oleh studio Supermassive Games, pencipta Until Dawn dan The Quarry.

Kredit: Behavior Interactive

Sangat berbeza dengan genre asymmetrical 4v1 yang kita biasa main, game baharu Dead by Daylight adalah sepenuhnya ‘horror single-player’ di mana pilihan yang pemain buat akan menentukan jika watak itu hidup atau mati”.

Dengan konsep yang sama seperti game seram lain buatan Supermassive termasuk Until Dawn, The Dark Pictures Anthology dan The Quarry, mereka berjanji akan memberikan pengalaman seram yang peminat tidak pernah merasa. Lebih banyak maklumat akan didedahkan pada hujung tahun ini.

Kredit: Behavior Interactive

Bak kata penerbit eksekutif Traci Tufte:

“Kami bekerja keras untuk menggabungkan tension, kecemasan dan penceritaan cabang daripada game Supermassive bersama dengan mitologi Dead by Daylight untuk mencipta pengalaman naratif dahsyat yang dipenuhi dengan pilihan hidup atau mati”

“PermaGame nan kami akan berlangsung di luar alam Entity dan menampilkan kisah watak baharu yang akan diikuti pemain untuk pengalaman yang belum pernah berlaku sebelum ini di sebalik kabus.”

Kredit: Behavior Interactive

Selain itu, francais ini juga akan menerima game spin-off serba baharu dan juga filem lengkap daripada studio Blumhouse dan Atomic Monster (Paranormal Activity, Insidious, Halloween, Us, The Black Phone and M3GAN). Proses mencari pengarah dan penulis skrip sedang dijalankan.

Untuk game spinoff, Midwinter Entertainment akan bertanggungjawab untuk membangunkan game tersebut. Spinoff ini dilabel sebagai game multiplayer player-versus-environment (PVE) baharu dengan tema “ketamakan dan nafsu untuk kuasa”, di mana pemain harus membentuk satu pasukan sehingga empat pemain untuk menghadapi “ancaman baharu dari alam Entity.”

Kredit: Behavior Interactive

Buat masa ini, itu sahaja yang saya tahu. Saya tumpang gembira untuk masa depan francais yang penuh dengan projek-projek menarik. Ia bukan sahaja mengembangkan dunia untuk peminat, malah juga menggalakkan peminat baharu untuk mencuba DbD. Jika anda tidak pernah mencuba, inilah masanya!


Baca segala liputan kami tentang Dead by Daylight di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dead by daylightSeramsingle-player
ShareTweetSend
Previous Post

Uniqlo Bakal hadir Dengan Koleksi UT Anime Baharu — Gintama & My Hero Academia!

Next Post

Alan Wake 2 Bakal Lancar Oktober Ini, Menurut Pelakon Suara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!
Berita

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

June 5, 2025
Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!
Berita

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

June 5, 2025
Next Post
Alan Wake 2 Bakal Lancar Oktober Ini, Menurut Pelakon Suara!

Alan Wake 2 Bakal Lancar Oktober Ini, Menurut Pelakon Suara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd