SandBloom Studios bersama HandyGames akhirnya mengumumkan yang DE-EXIT – Eternal Matters akan dilancarkan pada Musim Bunga 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Tentang Game

Dalam game ini, anda sebenarnya telah mati, tetapi kematian bukan pengakhiran bagi sesuatu kehidupan. Jadi, game ini akan bermula dengan pemain akan bangun dalam Plane of Memory, sebuah dunia yang penuh dengan pertemuan yang tidak boleh dijangka.
Pemain akan mengharungi pelbagai perjalanan dan menjumpai rakan untuk mengalahkan musuh. Selain itu, anda juga boleh meneroka ke pelbagai persekitaran yang ditawarkan. Temui tujuan perjalanan anda dan merenung apa yang ada di sebalik kematian.
Ciri Utama Game

- Pengalaman voxel sinematik – DE-EXIT merangkumi pertembungan estetik voxel minimalis dan tekstur ringkas bersama ciri sinematografi yang kompleks, VFX yang lebih realistik, dan juga animasi “motion capture”.
- Perjalanan ke dunia baharu – Mulakan pelayaran dengan penuh harapan di dunia ang hancur. Temui perkara yang berlaku pada Plane of Memory dan bantu mereka membaikinya.
- Refleksi tentang kematian dan akhirat – DE-EXIT membuka perbincangan tentang kehidupan selepas kematian, membawa pemain untuk menikmati pujian yang menyentuh hati untuk kehidupan.
- Penceritaan interaktif – Bercerita dalam perjalanan mendebarkan di mana teka-teki, stealth, platforming dan aksi berfungsi sebagai alat untuk mengukuhkan sinematografi, cerita dan latar.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa DE-EXIT – Eternal Matters akan dilancarkan pada Musim Bunga 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post