Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dating Sim ‘The Quintessential Quintuplets’ Double Pack Kini Tersedia Di PS4, Switch & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Simulator, Steam
0 0
0
Dating Sim ‘The Quintessential Quintuplets’ Double Pack Kini Tersedia Di PS4, Switch & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Minat siri The Quintessential Quintuplets atau suka game jenis dating sim? Di sini, Spike Chunsoft dan MAGES telah mengeluarkan dating sim “The Quintessential Quintuplets: Memories of a Quintessential Summer“, dan “The Quintessential Quintuplets: Five Memories Spent With You” secara digital untuk PlayStation 4, Switch, dan PC melalui Steam.

Kredit: Spike Chunsoft

Bukan itu sahaja; The Quintessential Quintuplets “Double Pack”, yang mengandungi kedua-dua game dating sim yang disebutkan tadi, juga tersedia untuk dibeli.

Lima heroin Quintessential Quintuplets disuarakan sepenuhnya oleh pelakon suara popular Jepun: Ichika Nakano (disuarakan oleh Kana Hanazawa), Nino Nakano (disuarakan oleh Ayana Taketatsu), Miku Nakano (disuarakan oleh Miku Itou), Yotsuba Nakano (disuarakan oleh Ayane Sakura), dan Itsuki Nakano (disuarakan oleh Inori Minase)!

Kredit: Spike Chunsoft
  • Main sebagai Futaro dan maju melalui cerita melalui gameplay point-and-click gaya novel visual.
  • Bersosial dengan lima kembar itu melalui event cerita dan buat pilihan untuk mengukuhkan persahabatan anda dalam komedi romantik ringan ini.
  • Dengan 15 pengakhiran berbeza untuk kedua-dua game, pilihan yang anda buat amat penting, dan hubungan keseluruhan antara lima kembar itu akan mempengaruhi pengakhiran.

The Quintessential Quintuplets – Memories of a Quintessential Summer

Cuti musim panas! Futaro dan adik perempuannya Raiha telah dijemput ke percutian pulau bersama kembar lima tersebut. Tetapi sebuah ribut mengubah percutian tiga hari dua malam itu kepada dua minggu di mana mereka perlu bertahan hidup!

Game ini juga penuh dengan ilustrasi baru yang direka khusus! Nikmati visual heroin dalam pakaian renang dan baju perkahwinan mereka, dan pelbagai ekspresi yang ditunjukkan sepanjang di pulau itu.

The Quintessential Quintuplets – Five Memories Spent With You

Kembar lima Nakano melawat Okinawa bersama protagonis Futaro dan adik perempuannya Raiha. Sebagai persediaan untuk hubungan jarak jauh selepas tamat pengajian, Futaro ingin meluahkan semula perasaannya kepada gadis yang dia cinta. Matlamatnya adalah untuk menciumnya semasa percutian ini.

Senario game ini sepenuhnya baharu, membolehkan pemain meluahkan perasaan mereka kepada mana-mana satu kembar. Game ini juga menampilkan tetapan Okinawa, bersama-sama dengan ilustrasi original dan ciri-ciri lain!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dating SimQuintessential Quintuplets
ShareTweetSend
Previous Post

Wuthering Waves Kini Tersedia Di Mobile & PC – Download Sekarang!

Next Post

Kolaborasi ROG SAGA x PUBG MOBILE Bermula – Boleh Menang ROG Phone 8 Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kolaborasi ROG SAGA x PUBG MOBILE Bermula – Boleh Menang ROG Phone 8 Percuma!

Kolaborasi ROG SAGA x PUBG MOBILE Bermula - Boleh Menang ROG Phone 8 Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd