Jika tahun lalu hadirnya kumpulan K-Pop yang terkenal BLACKPINK di dalam PUBG Mobile dalam kolaborasi sempena album terbaru mereka, nampaknya sekali lagi mereka muncul di permainan Battle Royale terkenal ini! Ya, tetapi bukan di PUBG Mobile ye, sebaliknya BLACKPINK akan hadir dalam kolaborasi terbaru bersama PUBG: Battlegrounds!
Desas desus menyatakan kemas kini 13.1 PUBG seterusnya akan membawa semua pakej kosmetik BLACKPINK baru ke permainan. Krafton baru-baru ini membuat beberapa pengumuman besar untuk PUBG. Francais berkembang melampaui battle royale dan empat permainan baru akan segera diperkenalkan. Serta dari nama Playerunknown’s Battleground kini menjadi PUBG: Battlegrounds!
BLACKPINK in your Battlegrounds! How you like that?
Disclaimer: Please note that the faces included in the video are not part of the BLACKPINK Collaboration Bundles in PUBG: BATTLEGROUNDS. pic.twitter.com/fLu3cPeum2
— PUBG: BATTLEGROUNDS (@PUBG) August 1, 2021
Selain itu, PUBG juga membawa peta baru bernama TAEGO sebahagian daripada kemas kini 12.2 permainan, yang juga menambah item menghidupkan semula diri, permainan pertempuran mini untuk membuat anda kembali ke pertandingan setelah anda mati, dan puluhan perubahan lain. Taego adalah peta 8x8km yang terletak di luar bandar Korea.
Di PUBG Mobile tahun lalu, pemain dapat menikmati single popular BLACKPINK yang dirilis, “How You Like That,” di lobi permainan. Kini dalam teaser anda mendengarkan sedikit petikan lagu DDU-DU DDU-DU BLACKPINK. Selain itu. item dan visual bertema khas telah dilaksanakan di PUBG MOBILE untuk meraikan kerjasama para pemain untuk menikmati gaya ikonik BLACKPINK dalam permainan. Pesawat udara PUBG MOBILE pernah ditampilkan dalam warna merah jambu dengan logo BLACKPINK. Airdrops menampilkan warna bertema serta ikon “Album”, sambil melepaskan asap merah jambu di medan perang. Kesan visual tambahan juga telah ditambahkan ke skrin menu utama PUBG MOBILE.
Agak-agaknya pakaian, kosmetik atau barangan macam mana yang akan dihadirkan dalam kolaborasi ini ye? Tarikh pelepasan didedahkan buat masa ini adalah pada 4 Ogos di PC dan 12 Ogos di konsol. Sejak dua menjak ini memang banyak berita mengenai PUBG, lagi-lagi ada berita yang menyatakan PUBG akan menjadi Free-to-play! Wahhh baru geng dengan PUBG Mobile kalau betul kan?
Baiklah, kami tidak dapat kongsikan banyak kali ini selagi PUBG sendiri tidak mendedahkan barangan, skin atau kosmetik rupa macam mana yang akan datang untuk kolaborasi ini. Jadi nantikan kemaskini ini kelak okay! Ikuti PUBG: Battlegrounds di laman web rasmi mereka untuk pelbagai lagi maklumat terkini.

@gamersantaimy
Discussion about this post