Baru-baru ini, viral sebuah video di laman sosial yang termasuk Facebook dan Twitter mengenai seorang mamat ni menunjukkan pelbagai senjata dari siri-siri anime dengan menggunakan kadbod! Jom saksikan video tersebut dahulu disini;
Crafty Transformer seems to be making a much better use of his Amazon boxes than the rest of us 😯 (take note, Nintendo labo dev team) pic.twitter.com/NwtbAdvzst
— 𝖛𝖆𝖑 🇺🇦 (@VPestilenZ) August 29, 2019
Ramai yang mengongsikan video ini dan sekelip mata lelaki Jepun yang sebenarnya bernama Tsukuru-San ini menjadi viral sekali lagi! Jadi siapa sebenarnya Tsukuru-San ni? Dia merupakan seorang Youtuber dengan mengongsikan pelbagai hasil kreatifnya dengan membuat senjata-senjata dari siri-siri anime yang terkenal!
Laman Youtube nya yang bernama Creative Transformer kini mempunyai subscriber seramai 150 ribu orang! Bukan itu sahaja, Twitter beliau turut makin ramai pengikut sehigga 14.6 ribu orang!
Hasil terbaru nya merupakan senjata ala-ala lipan dari siri anime popular iaitu Tokyo Ghoul yang dipakai oleh watak Kuero Mado. Dinamakan sebagai Fueguchi Quinque, senjata ini dapat ditarik dan dilepaskan hampir serupa dengan yang asal tapi dalam versi Crafty Transformer! Tetapi jangan risau, kesemua senjata yang dilakukanya tidak membahayakan kerana diperbuat dari kadbod!
Bukan itu sahaja, Tsukuru-San turut mengajar bagaimana cara dia membuat senjata-senjata tersebut. Banyak lagi yang dikongsikanya seperti senjata Green Dragon Blade dari Chronicles of Three Kingdoms, The Great Sword dari Monster Hunter: World, Duel Disk GX dari Yu-gi-oh juga kostum Bakugo dari My Hero Academia! Kalau anda ingin mencuba buat, pastikan stok kadbod anda mencukupi! Memang agak banyak kadbod yag diperlukan untuk menghasilkan senjata-senjata unik ini!
Juga antara hasilnya yang menjadi perhatian kami adalah pembuatan senjata Zabimaru dari Bleach! Senjata ini siap boleh diluaskan dan kembali semula ke bentuk asal (elastik gitu~). Anda boleh saksikan di sini;
Kesemua hasil ini akan dilakukan mockupnya dalam versi 3D terdahulu. Beberapa contoh 3D turut dikongsikan di laan Twitternya untuk projek-projek yang akan datang
進捗。
RWBYで一番簡単そうだと選んだけれど、動力のポジションとブレードのロックが難しい。
モンティ・オウム氏に文句が言いたいので生き返ってくれないだろうか。 pic.twitter.com/rFHWylTmiR— つくるさん/工作クリエイター (@Tsu_ku_ru_san) September 1, 2019
Tsukuru-San memang patut dipuji dengan hasil kreativiti nya yang sangat teliti dan kemas. Mungkin satu hari dia akan mewarnakan senjata-senjatanya ini agar tampak lebih menarik kan! Apa lagi, jom kita cari kadbod dan cuba buat seperti Tsukuru-San buat okay!
Sumber: DuniaGames
@gamersantaimy
Discussion about this post