Biasalah, lagi-lagi musim pandemik ini ramai yang bosan dengan kehidupan duduk kat rumah, kerja kat rumah kan kan? Apa kata dalam luangkan masa tu, anda usha-usha balik filem-filem lama yang menarik untuk ditonton. Asyik tengok filem cintan-cintun, akasia ke, bosan jugak kan! Lagi best, mana yang kaki gamers tu, anda tahu banyak game yang pemaju dah adaptasi kepada filem kan? Lagi-lagi francais Resident Evil! Sampai yang terbaru ada anime CGI lah! Baiklah, jadi kali ini, kami nak kongsikan filem yang telah diadaptasi daripada game yang dikenali!
Monster Hunter

Monster Hunter adalah filem dari siri permainan ARPG terkenal Monster Hunter oleh Capcom yang ditayangkan pada tahun 2020. Ianya ditulis, diarahkan dan dihasilkan oleh Paul W. S. Anderson. Filem ini membintangi isteri Anderson sendiri iaitu Milla Jovovich dalam kerjasama dia bersama Capcom. Anggota pelakon lain termasuk Tony Jaa, Tip Harris, Meagan Good, Diego Boneta, Josh Helman, Jin Au-Yeung, dan Ron Perlman.
Sinopsis pendek filem ini mengisahkan Captain Artemis dan pasukan tenteranya dibawa ke dunia di mana raksasa dan manusia berbahaya wujud bersama. Dikelilingi dengan bahaya, mereka mesti mencari jalan untuk melarikan diri dengan bantuan pemburu misteri. Saksikan pelbagai raksasa dari permainan Monster Hunter asal seperti Rathalos! Anda juga kini boleh menontonnya di Netflix!

Bukan hanya filem asal, satu filem anime berjudul Monster Hunter: Legends of the Guild tiba ke Netflix pada 12 Ogos 2021 setelah beberapa tahun peminat menunggu! Filem anime ini dibintangi Aiden, pemburu yang pertama kali muncul dalam permainan Capcom di Monster Hunter 4 dan sejak itu dipaparkan di Monster Hunter: World. Juga dikenali sebagai Ace Cadet (atau “Excitable A-Lister”), Aiden memulai perjalanan untuk mempertahankan kampungnya dari Elder Dragon yang mengancam akan memusnahkan semuanya. Dengan bantuan dari rakan pemburu, Julius dan kru monster-slaying , Aiden akan beralih dari pembunuh monster biasa ke pemburu yang serba lengkap.
Mortal Kombat (2021)

Sudah semestinya Mortal Kombat 2021 menjadi pilihan kami dari yang lama. Walaupun ada beberapa pekara yang membuat kami kurang puas hati sebab lagi-lagi peminat tegar permainan aksi penuh ngeri ni, adaptasi filem tahun 2021 ini lebih berjaya dari zaman 90-an dahulu. Namun Mileena tetap tak sampai wataknya seperti permainan asal!! Protagonist Cole Young (Lewis Tan) adalah tambahan baru untuk alam semesta Mortal Kombat, tetapi nasibnya untuk bertanding dalam pertandingan Mortal Kombat banyak pancarobanya dan kita dapat melihat watak kegemaran peminat seperti Sub Zero (Joe Taslim) dan Sonya Blade (Jessica McNamee) dalam aksi.
Yang pastinya sekuel Mortal Kombat ini juga dalam perancangan kerana pada akhir filem, mereka sedang mencari Johny Cage sebagai pahlawan Mortal Kombat seterusnya dan antara watak yang sangat dinantikan peminat permainan ini. Jangan lupa baca review kami untuk filem ini di sini.
Warcraft

World of Warcraft sememangnya sebuah permainan yang sangat hit di seluruh dunia, sehingga mengeluarkan filem pertama mereka, ianya menjadi hebat dalam tayangannya di seluruh duni sehingga kini menantikan sekuel filem tersebut. Warcraft (atau dikenali sebagai Warcraft: The Beginning) adalah filem fantasi aksidiarahkan oleh Duncan Jones dan ditulis oleh Charles Leavitt dan Jones, ia dibintangi oleh Travis Fimmel, Paula Patton, Ben Foster, Dominic Cooper, Toby Kebbell, Ben Schnetzer, Robert Kazinsky, Clancy Brown, dan Daniel Wu.
Ingin melarikan diri dari dunia sekaratnya, shaman Orc Gul’dan menggunakan ilmu hitam untuk membuka portal ke alam manusia Azeroth. Disokong oleh pejuang Blackhand yang garang, Gul’dan mengatur klan orc menjadi tentera penakluk yang disebut Horde. Bersatu untuk melindungi Azeroth dari penyerbu besar ini adalah King Llane, pahlawan perkasa Anduin Lothar (Travis Fimmel) dan penyihir Medivh yang kuat. Ketika kedua-dua kaum bertembung, para pemimpin dari setiap pihak mula mempersoalkan apakah perang adalah satu-satunya jawapan.
Sonic the Hedgehog

Kita teruskan lagi filem adaptasi game ini dengan Sonic the Hedgehog. Pada awalnya ketika mendapat teaser ramai peminat tidak menyukakan filem aksi langsung ini kerana Sonic nampak sangat pelik. Akhirnya pihak penerbit filem mengambil sedikit lagi masa untuk membentangkan digital art yang baharu. Hingga ditayangkan pada tahun lalu, ia memenangi hati peminat semula dengan watak suara Ben Schwartz sebagai Sonic yang bersemangat dan Jim Carrey sebagai Dr. Robotnik. Filem ini mengikuti Sonic dan sheriff Montana ketika mereka cuba menghindari Robotnik dan mengesan cincin ikonik Sonic. Paling menarik, sekuel filem Sonic the Hedghog juga disahkan akan ditayangkan pada Mei 2022! Wah mesti menarikkan nak tengok pembalasan dendam Dr. Robotnik!
Resident Evil

Salah satu siri permainan seram yang banyak siri! Resident Evil memang diadaptasi sehingga banyak filem dan sukar untuk membuat satu filem untuk menunjukkan yang terbaik. Mereka berkisar dari usaha hidup dari “Afterlife”. Milla Jovovich luar biasa dalam peranannya sebagai Alice dan set-setnya menjadi makin gempak dan menarik dari tahun ke tahun walaupun siri terakhir filem ini pada tahun 2016 untuk Resident Evil: The Final Chapter. Senarai nama filem Resident Evil yang dilakonkan oleh Milla Jovovich yang memang korang wajib tonton semula termasuk:
- Resident Evil (2002)
- Resident Evil: Apocalypse (2004)
- Resident Evil: Extinction (2007)
- Resident Evil: Afterlife (2010)
- Resident Evil: Retribution (2012)
- Resident Evil: The Final Chapter (2016)

Nampaknya siri filem Resident Evil dari permainan Capcom ini tidak terhenti begitu sahaja, baru-baru ini, animasi siri CG Resident Evil: Infinite Darkness turut telah ditayangkan di Netflix yang menampilkan pratagonis seperti Leon dan Claire. Selain itu terdapat sebuah filem reboot filem aksi langsung yang sedang dalam pembikinan bernama Resident Evil: Welcome To Raccoon City. Juga terdapat sebuah lagi siri yang kemungkinan besar membawa jalan cerita Jade dan Billie Wesker di Racoon City yang juga akan disiarkan di Netflix. Tapi yang ni belum pasti lah~
Resident Evil

Yang terakhir untuk senarai filem adaptasi game adalah Assassins Creed. Bagi peminat setia siri permainan Assassin’s Creed seperti kami memang sangat teruja dengan kehadiran Michael Fassbender sebagai pratagonis utama filem pertamanya. Sebuah lagi filem yang ramai menanti-nantikan sekuelnya, menerima pelbagai komen positif dan negatif adaptasi ini. Kerana ada yang peminat biasa kurang memahami jalan penceritaannya. Itu bukan bermaksud anda perlu terlepas pandang, kerana jika anda memang peminat tegar ini sememangnya tidak patut dilepaskan!
Membawa jalan cerita Cal Lynch yang melakukan perjalanan kembali ke Sepanyol pada abad ke-15 melalui teknologi revolusioner membuka ingatan genetik yang terdapat dalam DNAnya. Di sana, dia menjalani pengalaman Aguilar de Nerha, saudara jauh yang juga anggota Assassins, sebuah kongsi gelap yang berjuang untuk melindungi kehendak bebas dari Templar Order yang kehausan kuasa. Diubah oleh masa lalu, Cal mula memperoleh pengetahuan dan kemahiran fizikal yang diperlukan untuk memerangi organisasi yang menindas pada masa sekarang.
Baiklah itu antara 6 filem adaptasi game terbaik yang anda boleh tonton. Banyak lagi game yang diadpasi ke filem sebenarnya, dari senarai tahun 90-an sampai kini. Okay sampai di sini kami kongsikan buat masa ini, harap dapat mengisilah masa terluang anda ketika bosan kat rumah tu ye!
@gamersantaimy
Discussion about this post