Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dah khatam 16 kali, pemain Elden Ring cipta “Tier List” untuk Boss Fight paling seronok

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2022
in Action, Artikel, Berita, Open World, PC, PS4, PS5, Senarai, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dah khatam 16 kali, pemain Elden Ring cipta “Tier List” untuk Boss Fight paling seronok
Share on FacebookShare on Twitter

Elden Ring adalah game open-world yang terkenal kerana sentiasa mencabar pemain dengan Boss Fight yang kejam dan brutal. Bagaimanapun, seorang peminat telah berjaya menghabiskan game ini sebanyak 16 kali dan telah menyusun “Tier List” untuk Boss Fight paling seronok dalam Elden Ring.

Tier list ini dibuat oleh pengguna Reddit Prsy0220, yang telah menyenaraikan setiap Boss utama berdasarkan keseronokan. Senarai ini disusun bermula di peringkat S yang mengandungi Boss paling menyeronokkan, hingga ke peringkat F untuk Boss yang paling kurang disukai. Setiap Boss Elden Ring juga disusun dari kiri ke kanan di mana paling kiri merupakan boss kegemaran Prsy0220 pada setiap peringkat.

Berikut adalah Tier List untuk Boss Fight paling seronok dalam Elden Ring:

Di bahagian S, Prsy0220 meletakkan Maliketh the Black Blade, Godfrey the First Elden Lord, Mohg Lord of Blood, Dragonlord Placidusax dan Starscourge Radahn sebagai boss paling menyeronokkan di Elden Ring.

Maliketh the Black Blade

Di peringkat paling rendah iaitu F ialah Kindred of Rot, Putrid Tree Spirit, Runebear, Royal Revenant, dan Crystalians.

Kindred of Rot

Daripada senarai ini, kita boleh dapat tahu bahawa peringkat tertinggi dalam Tier List ini menampilkan boss fight yang lebih sukar dari segi mekanik, manakala pangkat lebih rendah seperti F menampilkan boss seperti Crystalian, yang ramai anggap sebagai musuh yang mudah kerana pergerakannya lebih menyerupai gimik.

Namun, ada juga yang tidak setuju dengan kedudukan beberapa boss kerana sifat “seronok” itu subjektif. Secara ringkas, ramai pemain Elden Ring mengaku bahawa mereka akan meletakkan beberapa bos hebat seperti Malenia, Blade of Miquella lebih bawah dalam senarai kerana pertarungannya terlalu mencabar dan bikin stres.

Malenia, Blade of Miquella

Secara kasar, Elden Ring dianggarkan mempunyai 150 Boss Fight dan Tier List ini mempunyai hampir 90 bos, jadi ia tidak terlalu jauh daripada jumlah total. Apa pendapat korang? Adakah boss kegemaran korang pun ada dalam senarai ini? Jom kongsi Tier List korang sendiri di ruang komen nanti!

Buat sesiapa yang berminat, Elden Ring kini tersedia di PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

Lihat di sini
Elden Ring
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: FromSoftware
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Elden Ring adalah RPG yang dikembangkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Permainan ini adalah usaha kolaborasi antara pengarah permainan Hidetaka Miyazaki dan novelis fantasi George R. R. Martin serta akan dilancarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: boss fightElden Ringtier list
Previous Post

Code: To Jin Yong – Game open-world Wuxia terbaru Tencent menggunakan UE5!

Next Post

Peta baru Deston akan dikeluarkan pada 13 Julai 2022 di PUBG PC & konsol

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Peta baru Deston akan dikeluarkan pada 13 Julai 2022 di PUBG PC & konsol

Peta baru Deston akan dikeluarkan pada 13 Julai 2022 di PUBG PC & konsol

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd