Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cyberpunk 2077 kembali semula ke PS Store dengan amaran dari Sony!

Sony hanya menggalakkan pemain PS4 Pro dan PS5 sahaja membeli game ini

Amir Haziq by Amir Haziq
June 22, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Microsoft, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Cyberpunk 2077 kembali semula ke PS Store dengan amaran dari Sony!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lalu, CD Projekt Red telah menerima berita gembira apabila game kontroversi mereka, iaitu Cyberpunk 2077 akan kembali ke PS Store. Game ini sudah tersedia semula di PS Store untuk konsol PlayStation 4 dan dijual pada harga RM209.00 sejak 21 Jun 2021. Walau bagaimanapun, Sony telah memberi amaran kepada pelanggan mereka bahawa pengguna mungkin akan terus mengalami beberapa masalah prestasi sementara studio tersebut sedang meningkatkan kestabilan di semua platform.

Penyenaraian semula Cyberpunk 2077 ke PS Store oleh Sony telah disertakan dengan peringatan, dimana mereka menasihati pemain supaya tidak membeli game ini. Sony menyatakan pembelian Cyberpunk 2077 untuk sistem PS4 tidak digalakkan, tetapi dibolehkan untuk sistem PlayStation 4 Pro dan PlayStation 5 sahaja.

#Cyberpunk2077 is now back on the PlayStation Store.

You can play the game on PlayStation 4 Pro and PlayStation 5. Additionally, a free next gen upgrade will be available for all owners of the PS4 version of Cyberpunk 2077 in the second half of 2021. pic.twitter.com/RTkptIHOb4

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) June 21, 2021

Cyberpunk 2077 telah dilancarkan pada bulan Disember yang lalu, tetapi game ini terpalit dengan kontroversi masalah teknikal yang teruk pada konsol Xbox One dan PS4. Antara masalah teknikal yang dihadapi game ini adalah gangguan bug dan glitch di setiap platform, serta mendapat amaran peringatan dari Microsoft untuk Xbox. Manakala Sony pula telah menarik keluar game ini dari PS Store setelah seminggu ia dilancarkan, kerana telah mendapat banyak aduan, serta pemulangan wang dari pemain disebabkan masalah teknikal yang terus pada Cyberpunk 2077.

Tambahan pula, Sejak beberapa bulan yang lalu, CD Projekt Red telah mengeluarkan beberapa patch baru ke Cyberpunk 2077 untuk konsol PlayStation dan semua platform. Sebelum ini, mereka telah menambahkan sebuah patch besar versi 1.2 dengan 500 penambahbaikkan dan penyesuaian baru bagi menstabilkan game tersebut, terutamanya di Xbox One dan PS4 yang menghadapi banyak masalah ketika dimainkan.

Cyberpunk 2077 kini telah tersedia kembali di PS Store dan hanya pengguna PS4 Pro dan PS5 sahaja yang digalakkan untuk membeli game ini. Bagi mereka yang ingin membaca liputan kami mengenai isu Cyberpunk 2077 dan Sony, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Muat turun di sini
Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077playstation storeSony
Previous Post

Gameplay story mode Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles didedahkan!

Next Post

Menampilkan watak & senario baru, kolaborasi NieR Replicant tiba ke SINoALICE Global Yoko Taro

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Menampilkan watak & senario baru, kolaborasi NieR Replicant tiba ke SINoALICE Global Yoko Taro

Menampilkan watak & senario baru, kolaborasi NieR Replicant tiba ke SINoALICE Global Yoko Taro

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd