Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cyberpunk 2077 bakal kembali ke PS Store! Tetapi hanya disarankan untuk pengguna PS4 sahaja!

Cyberpunk 2077 akan tersenarai semula di PS Store bermula 21 Jun ini

Amir Haziq by Amir Haziq
June 16, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Open World, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Cyberpunk 2077 bakal kembali ke PS Store! Tetapi hanya disarankan untuk pengguna PS4 sahaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ini adalah berita gembira buat studio CD Projekt Red, kerana game Cyberpunk 2077 mereka bakal kembali ke PS Store. Sony telah mengesahkan bahawa game tersebut akan kembali ke stor digital mereka bermula 21 Jun ini, tetapi disarankan untuk bermain di PlayStation 4 sahaja kerana masih terdapat kekurangan dari segi prestasi.

Jurucakap Sony menyatakan Sony Interactive Entertainment telah mengesahkan bahawa Cyberpunk 2077 akan tersenarai kembali di PS Store. Namun pengguna akan masih mengalami masalah prestasi sementara CD Projekt Red berusaha meningkatkan kestabilan game mereka di semua platform.

Studio pembangun dari Poland itu sedang bersiap untuk melancarkan semula Cyberpunk 2077 mereka ke PS Store, setelah hampir setengah tahun ditarik balik oleh Sony kerana mendapat banyak aduan teknikal dan pengembalian wang dari pengguna stor digital. Buat masa ini, pengguna hanya boleh memasukkan game tersebut ke dalam wishlist mereka sahaja, dan masih belum tersedia untuk dijual sehingga 21 Jun ini.

Cyberpunk 2077 telah dilancarkan pada bulan Disember 2020, tetapi disebabkan kontroversi prestasinya yang tidak dapat dimainkan secara efektif dan jauh ketinggalan dari kualiti versi PC. Maka disebabkan itu, Sony telah bertindak menghukum CD Projekt Red dengan menarik semula penjualan game mereka dari senarai PS Store.

Tambahan pula, keputusan seperti penyingkiran Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store adalah pertama kali dibuat oleh Sony. Keputusan itu tidak pelik kerana syarikat tersebut masih ragu-ragu untuk menyediakan semula permainan ini di pasaran PlayStation Store. Versi konsol Cyberpunk 2077 dikelilingi pelbagai penerimaan negatif dari pemain. Namun, Microsoft masih menjualnya di platform tanpa masalah.

Sejak beberapa bulan yang lalu, studio tersebut telah mengeluarkan beberapa patch baru ke CyberPunk 2077 untuk konsol PlayStation dan semua platform. Sebelum ini, mereka telah menambahkan sebuah patch besar versi 1.2 dengan 500 penambahbaikkan dan penyesuaian baru bagi menstabilkan game tersebut, terutamanya di Xbox One dan PS4 yang menghadapi banyak masalah ketika dimainkan.

Buat masa ini, Cyberpunk 2077 hanya akan tersedia di PS Store bermula 21 Jun, tetapi hanya disarankan untuk dibeli oleh pengguna PS4 sahaja. Jika pengguna PS5 yang beli, jangan salahkan kami kalau anda tidak puas hati dengan game yang diterima. Untuk mengikuti perkembangan berita studio CD Projekt Red dari kami, tekan sahaja pautan ini.

Muat turun di sini
Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077ps storeSony
Previous Post

Deku dikehendaki?! Trailer penuh filem anime My Hero Academia: World Heroes’ Mission didedahkan!

Next Post

[E3 2021] Gameplay Super Robot Wars 30 didedahkan, akan keluar tahun ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[E3 2021] Gameplay Super Robot Wars 30 didedahkan, akan keluar tahun ini!

[E3 2021] Gameplay Super Robot Wars 30 didedahkan, akan keluar tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd