Buat mereka yang menanti content, hari ini Blizzard Entertainment secara rasmi melancarkan Blood Knight, kelas terbaru dalam Diablo Immortal yang tersedia untuk dimainkan sekarang! Merupakan kelas ketujuh dan tersedia secara eksklusif untuk Diablo Immortal, anda diseru untuk menyelamatkan Sanctuary sekali lagi daripada ancaman jahat.
Blood Knight ialah kelas jarak pertengahan dengan pilihan serangan hibrid sama ada jarak dekat atau jarak jauh bergantung pada posisi anda dan sasaran. Dianggap sebagai pembunuh vampire, kelas ini dapat menyerap nyawa musuh, memerangkap mereka dalam bayang-bayang maut, dan bertarung menggunakan “polearm” untuk menjarakkan diri daripada bahaya. Sebagai pilihan terakhir, Blood Knight juga dapat menyerah diri kepada kejahatan di dalam badan untuk melepaskan kuasa sebenar.

Berikut adalah butiran setiap skil dan kemahiran:
- Shadow’s Edge: serangan utama yang sama ada melakukan hayunan atau melontar dagger.
- Swarm of Bats: Memanggil segerombolan kelawar untuk menyerang musuh mengikut arahan.
- Siphon Blood: Mencuri nyawa daripada musuh sekeliling.
- Abomination: Membunuh musuh dan menyerap darah mereka untuk menjadi lebih kuat, menambahkan skil Blood Rush dan Shattering Fist.
- Skewer: Menusuk musuh dan stun musuh berdekatan.
- Mephitic Cloud: Kabus berbayang menyebabkan penglihatan musuh menjadi kabur.

Menggunakan Class Change serba baharu, anda boleh memindahkan watak daripada Kelas sedia ada kepada Blood Knight. Buat sementara waktu, Blizzard membuang cooldown Class Change untuk 3 minggu pertama selepas pelancaran Kelas baru, jadi semua orang mempunyai peluang untuk mencubanya.
Sebaik sahaja menukar ke kelas Blood Knight, belajar asal-usul tentang watak misteri ini melalui Elite Quest baharu dan alami seksaan yang mereka perlu lalui untuk mendapatkan sumpahan tersebut dan bagaimana mereka berjuang setiap hari supaya minda tidak kawal oleh nafsu jahat.


Jangan lupa untuk mencuba Crimson Plane, acara selama tiga minggu seperti Fractured Plane, tetapi semua orang harus bermain sebagai Blood Knight. Dalam acara ini, anda akan memperoleh barang kosmetik istimewa dan Item Legendary selepas menyelesaikan misi tertentu.
Jangan tunggu lagi dan cuba kelas Blood Knight sekarang di Diablo Immortal. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post