Selepas mengusik tentang acara ini pada awal bulan Ogos, hari ini ACO Lab mengumumkan bahawa ‘Crayon Shin-Chan Experience‘ rasmi akan bermula pada 14 September sehingga 10 Disember 2024 di Pavilion Bukit Jalil. Merupakan acara Shin-Chan besar-besaran pertama di Malaysia, ia menjanjikan pengalaman langsung yang menghidupkan dunia Crayon Shin-Chan yang dicintai.
Crayon Shin-Chan, budak nakal yang telah menawan hati ramai orang dengan lebih 1,000 episod dan 148 juta naskhah manga yang diedarkan, akan tiba di Malaysia dengan tiga kawasan di ACO Lab. Pengalaman yang unik ini akan menampilkan sentuhan inspirasi Van Gogh, menggabungkan dunia Shin-Chan dengan gaya artistik ikonik Van Gogh, mencipta pengalaman yang menawan dan tidak dapat dilupakan!
Crayon Shin-Chan Experience Malaysia merangkumi tiga seksyen iaitu:
Anime Cafe — Bersedia untuk merasai pengembaraan kulinari yang luar biasa di ACO Lab Anime Café. Nikmati hidangan yang diilhamkan khas oleh watak-watak kegemaran anda dari Crayon Shin-Chan. Daripada sajian utama yang lazat, minuman yang menyegarkan hingga pencuci mulut yang tidak dapat ditolak, setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang dan perhatian terhadap perincian, memberikan pengalaman yang lazat dan imersif untuk semua peringkat umur.

Zon Foto Mengasyikkan — Melangkah ke dalam dunia Crayon Shin-Chan dengan lebih daripada lima zon foto yang direka dengan teliti. Setiap zon menangkap intipati anime, menggabungkan kenangan zaman kanak-kanak dengan gaya artistik. Rasai detik dekat bersama Shin-Chan dan rakan-rakannya, serta abadikan gambar dan video yang pasti menjadi kenangan sepanjang hayat!
Kedai Merchandise — Lawatan anda ke Pengalaman Crayon Shin-Chan pasti tidak lengkap tanpa singgah di Kedai Merchandise ACO Lab. Terokai lebih daripada 100 merchandise eksklusif Crayon Shin-Chan berlesen rasmi – daripada koleksi sehingga pakaian. Sama ada anda mencari cenderamata unik atau hadiah yang sempurna untuk rakan-rakan, kedai ini adalah syurga barangan yang wajib dimiliki dan sukar ditemui di tempat lain.

Berikut adalah butiran acara:
- Tarikh: 14 September 2024 (Sabtu) – 10 Disember 2024 (Selasa)
- Masa: 10AM – 10PM, Isnin hingga Ahad
- Lokasi: Pavilion Bukit Jalil, Level 3 (Pink Zone), Lot 3.102, 3.103 & 3.58
Pakej Pengalaman Crayon Shin-Chan akan tersedia untuk pembelian bermula dari 26 Ogos 2024 (Isnin), 12PM melalui Ticket2U (www.ticket2u.com.my).
Butiran Pakej Kad Cenderahati
- PAKEJ RM25
- Tiket Kemasukan Zon Foto Tunggal
- Kad Cenderahati
- Minuman Bertema Shin-Chan
- Pelapik Cawan
- PAKEJ RM50
- Tiket Kemasukan Zon Foto Tunggal
- Kad Cenderahati
- Sajian Utama Bertema Shin-Chan
- Gelas
- Kad Aktiviti
- Kad Koleksi (*akan diberikan selepas kad aktiviti diselesaikan)
- PAKEJ RM80
- Tiket Kemasukan Zon Foto Tunggal
- Kad Cenderahati
- Set Makanan Bertema Shin-Chan (x1 Sajian Utama, x1 Minuman dan x1 Pencuci Mulut)
- Pelapik Cawan
- Gelas
- Kad Aktiviti
- Kad Koleksi (*akan diberikan selepas kad aktiviti diselesaikan)
Tertakluk kepada terma dan syarat, hadiah percuma akan diberikan secara rawak, dan harga tidak termasuk Caj Tiket.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila follow media sosial rasmi ACO LAB:
- Facebook (https://www.facebook.com/acolab.cafe/)
- Instagram (https://www.instagram.com/acolab.cafe/)
@gamersantaimy
Discussion about this post