Tahun lalu kita jadi excited bila Crash Team Racing: Nitro-Fueled keluar kat platform konsol kan? Bulan Februari lalu ada pula leak yang orang kongsikan di Twitter bahawa si lejen Crash kembali tetapi dalam versi mobile. Nampaknya siri platform Naughty Dog’s yang berlari tanpa henti ini telah membuat kejutan dengan melancarkan Crash Bandicoot Mobile untuk Android!
Tetapi kali ini ianya diterbitkan oleh King yang juga pencipta Candy Crush! Permainan ini dikatakan sebagai “pengembaraan Crash jenis baru” yang menyaksikan Crash dan adiknya Coco bekerjasama untuk menjatuhkan Dr Neo Cortex yang jahat dan menghentikan rancangannya untuk memusnahkan multiverse itu sendiri.
Permainan asas menunjukkan pemain akan berlari, berputar dan meluncur ke Wumpa Island, mengalahkan pasukan Cortex kembali ke dimensi mereka. Anda boleh bertemu dengan banyak musuh dan bos yang terkenal semasa anda maju, termasuk Dingodile, Scorporilla, Mutagen Ant dan Nitrus Brio.
Begitu juga, banyak peringkat di sini amat terkenal dan para peminat yang tahu pasti rasa terbiasa, seperti Turtle Woods, Lost City dan Temple Ruins semuanya hadir didalam permainan ini. Jadi mulakan jalan alternatif untuk anda terokai.
Terdapat juga komponen bangunan barangan untuk semua ini, dengan jenis tertentu yang membolehkan anda membuat senjata dan barang seperti bom, senapang, serum dan banyak lagi. Dengan mengumpulkan bahan dan alat ganti, anda akan dapat meningkatkan asas operasi Coco, yang boleh menjadi tambahan menarik untuk pelari anda.
Jadi, berlari tanpa henti di Wumpa Island dengan serangan yang hebat bersama Coco untuk mencari dan menewaskan minion Dr Cortex! Andai kata anda memang peminat permainan platform berlari seperti ini, atau memang pengikut sejati francais permainan ini, sudah semestinya Crash Bandicoot Mobile anda kena muat turun. Buat masa ini hanya di Google Play Store, mungkin dalam masa terdekat akan hadir untuk iOS juga. Kalau dah bosan PKP ini, apa lagi jom muat turun sekarang!

@gamersantaimy
Discussion about this post