Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun bermula sejak 18 Mac 2020 yang lalu selama dua minggu bagi menangani penularan COVID-19 dan ianya terpaksa diteruskan selama 14 hari lagi iaitu sehingga 28 April 2020. Pekara ini mengakibatkan ramai peniaga, pekerja dari sektor awam dan swasta kehilangan saluran pendapatan mereka. Berberapa pekara telah diberi peruntukan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia menampung beban yang ditanggung sementara akibat COVID-19 ini. Bagaimana pula dengan industri yang ada di Malaysia ini? Terutama seperti kami disini yang lebih kepada industri gaming. Pernah anda terfikir apa impak kepada industri gaming di Malaysia?
Seperti baru-baru ini, kami ada mengongsikan bahawa Industri Permainan Bersatu untuk kempen #PlayApartTogether yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi menentang COVID-19. Dari situ, kita dapat melihat banyak syarikat atau studio gaming prihatin mengenai situasi ini. Itu juga termasuk dengan Min-Liang Tan yang juga selaku CEO Razer telah menjalankan pembuatan topeng surgeri untuk diberi percuma pada semua rakyat sebanyak 1 juta.
Disebabkan situasi COVID-19 ini, ramai dikalangan industri gaming yang terpaksa menghadap pelbagai kepayahan meneruskan perkerjaan, bukan setakat itu, beberapa acara gaming yang besar E3 2020, Taipei Game Show dan acara gaming dari Malaysia sendiri iaitu KL Level Up 2020 telah dibatalkan akibat penularan COVID-19. Ia sebenarnya adalah sesuatu keputusan yang betul agar dapat mengelak dari wabak virus membawa maut ini merebak. Ada juga dari beberapa industri gaming hanya melakukan siaran livestream dari studio untuk sebarang pelancaran gaming, ada juga terpaksa menangguhkan pengeluaran sesuatu permainan video akibat situasi ini.
Jadi kali ini kami turut mengambil peluang ini untuk bertanyakan pendapat terutama dari segi penjejasan pada syarikat, dan industri juga apakah tindakan yang dilakukan untuk menapis masalah ini. Berberapa perkongsian telah pun dikongsikan oleh tokoh industri gaming yang terkenal di Malaysia dan Singapura seperti DC Gan (Co-Founder dari Magnus Game Studio juga pencipta permainan RE:Legend ), Wan Hazmer (Pengarah dari Metronomik juga pencipta permainan No Straight Roads dan pernah berkerja dengan Square Enix sebagai Lead Designer untuk permainan Final Fantasy), Shawn Toh (CEO di Battlebrew pencipta permainan BattleSky Brigade: Harpoon) dan juga Elicia Lee (Pengarah di Eliphant acara GameStart.)

Seperti yang dikongsikan oleh DC Gan, ianya memberi sedikit kesan terutama dengan harus bekerja dari rumah dan memantau pekerja perlu lebih teliti. Menurut DC Gan juga, negara-negara yang terkenal seperti China, Jepun, Korea, Itali dan Amerika Syarikat turut terkesan dengan situasi ini, tetapi itu tidaklah terlalu mendalam pada industri gaming. Kerana ini juga merupakan peluang mereka untuk pemain yang berada dirumah meluangkan masa untuk bermain permainan mereka.
‘Permainan’ adalah satu bentuk hiburan yang tidak dapat diganti seperti yang kita gunakan untuknya sejak kita masih kanak-kanak, terutama semasa era digital di mana konsol permainan, permainan komputer, peranti mudah alih mewah mudah diakses. Malah kita mempunyai lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan orang yang berbeza yang juga bekerja di rumah.
-DC GAN

Menurutnya juga, perkembangan industri gaming tidaklah seteruk yang lain kerana dalam industri ini lebih melakukan kandungan digital yang boleh dilakukan dimana sahaja selagi kita mempunyai stesen yang sesuai untuk bekerja. Impak ini akan lebih mendatang pada perniagaan tradisional yang perlu berjumpa orang depan-depan atau projek diluar kawasan.
Saya fikir isu kita di sini adalah biasa. Hampir semua studio pembangunan permainan menyesuaikan diri dengan susunan kerja dari rumah. Ini akan menjejaskan jadual pelepasan, walaupun permainan itu hanyalah digital.
–Shawn Toh
Pekara ini juga memberi impak dengan melambatkan sesuatu pekerjaan walaupun bekerja dalam rumah melalui dalam talian, terutama bergelut untuk mengatasi halangan sambungan Internet yang sering tidak stabil. Seperti perkongsian dari Wan Hazmer, walaupun banyak masalah, semuanya masih dapat dikawal dan pasukannya dalam mengerjakan permainan No Straight Road yang akan berada dipasaran 30 Jun ini turut memberi kerjasama yang bagus.

Satu lagi impak kepada industri ini adalah banyak acara yng dibatalkan seperti yang dinyatakan diatas. Menurut Wan Hazmer, banyak peluang hadir dari acara gaming yang besar serbegini dan apa yang terjadi tahun ini nyata memberi kekecewaan pada mereka. Salah satu tapisan untuk masalah ini adalah dengan GDC Relief Fundstarter,satu inisiatif yang bertujuan untuk memberikan kembali kepada pemaju yang tidak dapat mendapatkan bayaran balik untuk visa, penginapan dan kos perjalanan mereka di GDC.
Perjalanan dan konvensyen juga akan terjejas. Saya tidak fikir sebarang rancangan akan terjadi pada tahun ini. Ini memberi kesan kepada pemasaran, kehilangan peluang dan sebagainya. Kami sepatutnya berada di banyak acara tahun ini tetapi mereka semua ditangguhkan ke tahun depan.
-Shawn Toh
Itulah sebabnya saya melihat pandemik sebagai titik perubahan besar mengenai bagaimana kita mengendalikan sumber kita, aliran kerja kita dan juga bagaimana kita dapat memupuk industri dari sekarang. Sebagai contoh, Gamedev.world sedang berlaku sekarang, di mana penceramah yang produktif dari seluruh dunia memberikan ceramah percuma melalui webcam. Kerja dari jauh akan menjadi lebih penting daripada sebelumnya dan kami akan menyaksikan inovasi utama kepada perisian yang menyokong ini. Bagaimana kita melakukan sesuatu secara drastik akan berubah dari sekarang, luar ke dalam.
-Wan Hazmer

Berbeza dengan Elicia Lee sebagai penganjur acara gaming, tetapi masih merasakan situasi ini memberi impak pada projek mereka termasuk IP persendirian dan projek klien. Banyak acara esports juga terpaksa dianjurkan melalui dalam talian dan bagi pasukannya lebih mengfokuskan pada pemasaran digital untuk pelanggan mereka.
Banyak penganjur esport kini melihat cara untuk beralih secara digital, dan banyak syarikat besar sudah mempunyai sikap yang lebih terbuka untuk bekerja dari rumah, jadi saya bayangkan bahawa peralihan untuk bekerja dari rumah mungkin tidak menyakitkan bagi kami seperti industri lain yang lebih tradisional.
-Elicia Lee
Sudah tentu pekara yang terjadi juga menjadi lebih baik pada pemaju permainan buat masa sekarang, kerana lebih ramai yang bermain permainan video dirumah. Zaman yang beralih pada digital mungkin tiada masalah sangat untuk situasi ini. Cuma seperti apa yang pemain merasakan, adalah sambungan talian yang kadang-kadang mendatangkan masalah menjadi masalah bagi yang bekerja di rumah juga. Kerana kami turut merasa pekara yang sama. Tetapi selagi ada kerjasama didalam pasukan bekerja, selagi itu segala komunikasi jalan pekerjaan akan berjalan dengan lancar.
Jadi apa yang kita dapat lihat, situasi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan COVID-19 ini lebih memberi impak kepada pekerja yang memerlukan perhubungan depan-depan, atau kepada pekerja luar seperti buruh. Untuk industri gaming ianya akan memberi impak lebih kepada pengeluaran permainan baru terutama apabila permainan video tersebut sedang dijalankan dan pekerjaan dari rumah melambatkan sikit proses mereka. Juga penghantaran versi fizikal juga untuk permainan baru yang akan mendatangkan masalah selagi situasi ini berterusan seperti yang terjadi pada penangguhan The Last of Us 2 baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, teruskan menyokong industri gaming sampai bila-bila kerana dalam industri ini juga lah kita boleh rapat bermain permainan bersama keluarga, bina rakan-rakan baru melalui permainan dan acara. Bagi pendapat kami, biarpun bekerja dari rumah, selagi masih ada talian internet selagi itu kami masih boleh berkomunikasi bersama rakan pekerja yang lain. Anda juga boleh menggunakan sebarang aplikasi untuk berinteraksi bersama perkerja contohnya seperti Discord, Skype dan sebagainya. Jangan terus putuskan semangat anda untuk sebarang perkerjaan anda atau perniagaan anda, kerana ini semua hanya untuk sementara dan pasti ada jalan penyelesaiannya. Buat masa ini, teruskan menjaga kesihatan anda, teruskan pakai topeng surgeri dan basuh/ bersihkan selalu tangan anda dan bersama #Dudukdirumah #Keepongaming selama PKP ini untuk keselamatan semua orang!
@gamersantaimy
Discussion about this post