Kalau anda tidak mempunyai konsol PS5, memang anda sukar untuk update controller DualSense . Tetapi kini, anda tidak perlu risau kerana controller DualSense kini sudah boleh update menggunakan PC anda sendiri! Menggunakan aplikasi terbaru yang dilepaskan oleh Sony, ia akan membolehkan pemain untuk kemas kini controller tersebut pada bila-bila masa, tanpa perlu menggunakan konsol. Jadi, kalau anda tidak mempunyai konsol PS5, tidak ada masalah untuk anda update controller anda.

Disebabkan update untuk prisian DualSense PS5 selalu diperlukan, ramai juga pemain yang terpaksa menyambung controller tersebut ke konsol mereka. Ia agak mengecewakan untuk pemain yang tidak mempunyai konsol ataupun berada jauh daripada konsol. Memandangkan pemain PC juga suka gunakan controller ini untuk bermain game, jadi aplikasi baru Sony ini sememangnya terbaik untuk mereka ini.
Untuk menggunakan aplikasi tersebut, anda perlu melihat spefikasi yang diperlukan untuk PC anda. Aplikasi itu hanya boleh digunakan untuk Windows 10 atau Windows 11. Ia juga tidak memakan ruang yang banyak, hanya 10 MB keatas sehaja diperlukan. Sudah tentu PC anda perlukan USB port untuk lakukan kemas kini tersebut.

Anda boleh ikut cara-cara berikut untuk kemas kini controller DualSense anda menggunakan PC:
- Muat turun firmware updater untuk DualSense controller melalui pautan ini.
- Install fail firmware tersebut dan tunggu sehingga ia selesai. Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin jika ia memerlukan fail tambahan untuk di muat turun.
- Buka aplikasi tersebut.
- Sambungkan controller DualSense kepada PC anda menggunakan kabel USB. Selepas itu, ikut arahan yang dipaparkan. Jangan matikan PC atau nyahsambung contoller anda.
Sebagai tambahan, hanya satu controller sahaja yang boleh dikemas kini pada satu masa. Jadi, anda perlu tunggu controller pertama selesai kemas kini sebelum sambung pada controller lain. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk lebih liputan mengenai game, e-sukan, anime dan lain-lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post