Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Company of Heroes 3 Console Edition kini tersedia di PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2023
in Artikel, Berita, PS5, Real time strategy
0 0
0
Company of Heroes 3 Console Edition kini tersedia di PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Relic Entertainment dan SEGA rasmi mengumumkan bahawa Company of Heroes 3 kini tersedia secara rasmi di PS5! Sempena itu, anda boleh menonton trailer baharu untuk game ini di bawah:

Buat pertama kali, Relic Entertainment membawa francais Company of Heroes kepada pemain konsol, bagi menawarkan pengalaman strategik yang mendalam untuk lapisan gamer baharu.

Antara ciri-ciri khas termasuk UI yang direka khas, dan sokongan controller penuh untuk membolehkan anda bermain game ini dengan selesa. Pada masa yang sama, UI pengguna telah diubah suai khusus untuk gamepad bagi memastikan pengalaman sama menyeronokkan seperti di PC.

Ciri baharu seperti Full Tactical Pause pula menawarkan kawalan tahap taktikal ke atas apa kita buat di medan perang dan lebih sesuai dengan tempo platform konsol. Apabila menghentikan aksi, pemain dapat menyelaraskan semua tindakan dan memikirkan setiap langkah secara terperinci tanpa tekanan.

Kredit: SEGA

Ringkasan

Kredit: SEGA

Sekuel Company of Heroes kali ini akan membawa pemain ke medan perang serba baharu dengan membuka taktik autentik unik, empat faction berbeza dan pelbagai kisah dari Perang Dunia II.

Dalam mod single-player, mode turn-based Italian Dynamic Campaign  menawarkan gameplay ala sandbox dengan pilihan strategik baharu, manakala padang pasir yang luas Afrika Utara membolehkan pengalaman single-player berteraskan naratif klasik.

Peserta dapat mencuba lapan peta multiplayer berbeza yang ditetapkan di Itali dan Afrika Utara serta boleh bersaing dalam perlawanan 1v1, 2v2, 3v3, dan 4v4, serta bermain Skirmish vs AI, Annihilation Mode dan buat “Custom Games”. Pemain juga boleh teroka keempat-empat faction dan 12 Battlegroup yang termasuk dalam Company of Heroes 3 semasa pelancaran.

Kredit: SEGA

Pemain kini boleh mendapatkan salinan digital Company of Heroes 3 Console Edition melalui PlayStation Store atau beli dari pengedar sah bagi konsol PS5. Untuk membaca segala berita kami tentang CoH3, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Company of Heroes 3ps5taktikal
ShareTweetSend
Previous Post

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Jun 2023!

Next Post

Game Sains-Fantasi RPG ELEX II Akan Tiba ke Mac pada Jun 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game Sains-Fantasi RPG ELEX II Akan Tiba ke Mac pada Jun 2023!

Game Sains-Fantasi RPG ELEX II Akan Tiba ke Mac pada Jun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd