Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

COLORFUL STAGE The Movie: A Miku Who Can’t Sing Pop-Up Store Bakal Menyapa Peminat di Sunway Pyramid!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2025
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Jom Singgah!
0 0
0
COLORFUL STAGE The Movie: A Miku Who Can’t Sing Pop-Up Store Bakal Menyapa Peminat di Sunway Pyramid!
Share on FacebookShare on Twitter

Ani-Mall Anime Merchandise Malaysia bakal membawa Pop-Up Store istimewa untuk COLORFUL STAGE The Movie: A Miku Who Can’t Sing, yang akan berlangsung dari 30 Mei hingga 15 Jun 2025 di GF Oasis Lobby, Sunway Pyramid (berhadapan Urban Revivo).

Kedai pop-up ini akan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, menjanjikan pelbagai barangan eksklusif, dan peluang untuk menyelami perjalanan Miku yang penuh inspirasi.

Pop-Up Store ini diadakan sempena tayangan COLORFUL STAGE The Movie: A Miku Who Can’t Sing, sebuah filem drama muzik anime 2025 yang menampilkan Hatsune Miku, penyanyi maya ikonik dalam filem pertamanya.

Berdasarkan game mobile popular Hatsune Miku: Colorful Stage! (atau lebih dikenali sebagai Project SEKAI), filem ini menceritakan kisah Ichika Hoshino, seorang pelajar muzik sekolah menengah di Shibuya, yang bertemu dengan Miku – seorang penyanyi maya yang berdepan cabaran untuk berhubung melalui muziknya.

Apabila muncul ancaman misteri yang ingin memadamkan kewujudan Miku dari internet dan dimensi SEKAI lain, Ichika bersama lima kumpulan muzik – Leo/need, More More Jump!, Vivid Bad Squad, Wonderlands x Showtime, dan Nightcord at 25:00 – bersatu untuk menyelamatkan suara Miku melalui kuasa muzik dan harapan.

Filem ini baru sahaja ditayangkan di Malaysia. Untuk pandangan lebih mendalam mengenai karya hebat ini, anda boleh membaca ulasan penuh kami.

Bagi peminat yang ingin membawa pulang kenangan dari dunia COLORFUL STAGE!, kedai pop-up ini akan menawarkan pelbagai barangan eksklusif seperti berikut:

  • Multi Pouch: RM89
  • Logo Keychain Bersulam (Rawak): RM39
  • Poster Separuh Lutsinar A3: RM39
  • Character Shattered Bling Badge 58mm (Rawak): RM29
  • Acrylic Stand (Rawak): RM29
  • Acrylic Keychain (Kad/Lencana): RM59
  • Folder A4 Teaser: RM19
  • Folder A4 KV: RM19

Lebih banyak barangan menarik akan diumumkan, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: COLORFUL STAGE! The Movie: A Miku Who Can’t Sing Pop-Up Store
ShareTweetSend
Previous Post

[UPDATE] Hololive STAGE World Tour’25 Akan Singgah Di Kuala Lumpur Pada Hujung 2025

Next Post

Civilization: Eras & Allies Akan Dilancarkan 19 Jun, Gameplay Baharu Didedahkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
Civilization: Eras & Allies Akan Dilancarkan 19 Jun, Gameplay Baharu Didedahkan

Civilization: Eras & Allies Akan Dilancarkan 19 Jun, Gameplay Baharu Didedahkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd