Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Code Geass: Lost Stories versi Global akan lancar pada 13 September di Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Code Geass: Lost Stories versi Global akan lancar pada 13 September di Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menunggu, Komoe Technology Limited akhirnya telah menetapkan tarikh keluaran rasmi untuk Code Geass: Lost Stories versi global, yang bakal dikeluarkan pada 13 September 2023 di platform mobile. Game Tower Defense ini berjaya meraih sebanyak 300,000 prapendaftaran, yang memberi ganjaran “Sakuradite” (matawang dalam game), “pilot”, dan bonus-bonus lain.

Dibangunkan bersama oleh DMM Games dan f4samurai, Code Geass: Lost Stories asalnya dilancarkan di Jepun pada Mei 2022 dan kemudiannya dibawa ke pasaran China pada awal tahun ini. Berdasarkan anime Code Geass: Lelouch of the Rebellion, game mobile ini mereplikasikan semula peristiwa ikonik daripada siri anime, dengan beberapa sentuhan baharu.

Kredit: Komoe Games
Kredit: Komoe Games

Kisah game ini berlaku 7 tahun selepas Britannia menukar Jepun menjadi Area Eleven. Protagonis (boleh dimainkan sebagai lelaki atau perempuan) berkacukan separuh British, separuh Jepun dan menghadiri Ashford Academy sebagai ahli keluarga Garfield.

Selepas menyaksikan peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Shinjuku, mereka kemudian menyertai peperangan sebagai pilot Knightmare Frame. Setiap cutscene disuarakan sepenuhnya dengan animasi Live2D berkualiti tinggi untuk pemain mengalami naratif dengan lebih keasyikan.

Gameplay pula berbentuk strategi Tower Defense dan menampilkan Knightmares dan Pilots sebagai entiti berasingan di mana para Pilot memberikan stats dan abiliti bonus kepada Knightmare.

Seorang Pilot boleh mempengaruhi abiliti Knightmare secara drastik, termasuk mengubah suai jarak serangan dan nilai kekuatan, dan juga menentukan sama ada ia boleh menyembuhkan orang lain, atau dirinya sendiri semasa pertempuran.

Kredit: Komoe Games
Kredit: Komoe Games

Semasa pertempuran real-time, Knightmare secara automatik akan mengaktifkan buff pasif, di mana anda juga boleh melaksanakan serangan khas pada satu sasaran yang disertakan dengan adegan sinematik. Dalam level tertentu, anda juga boleh meruntuhkan lantai sepenuhnya, untuk menyekat laluan musuh dan menjaga musuh yang menjengkelkan.

Game ini juga membenarkan anda mencipta skuad pertempuran unik sendiri, yang merangkumi semua watak dan Knightmare Frame yang muncul dalam anime original.

Kredit: Komoe Games

Ganjaran pra-daftar

Kempen prapendaftaran sedang berjalan dan pemain boleh berbuat demikian melalui App Store dan Play Store. Berikut adalah ganjarannya:

  • 100,000 prapendaftaran: Sakuradite x 600
  • 150,000 prapendaftaran: Pilot: Ohgi (Resistsnace Outfit), Sakuradite x300
  • 200,000 prapendaftaran: Pilot Training Pack, Sakuradite x300
  • 300,000 prapendaftaran: Knightmare Frame: Knightpolice, Sakuradite x300
  • 400,000 prapendaftaran: Knightmare Frame Enhancement Pack, Sakuradite x300
  • 500,000 prapendaftaran: Pilot: Lelouch (School Uniform) Sakuradite x1500
Kredit: Komoe Games

Sekali lagi saya ingatkan, Code Geass: Lost Stories versi global akan dikeluarkan pada 13 September 2023 di iOS dan Android. Pemain boleh pradaftar sekarang. Untuk membaca segala liputan kami tentang game, anime, dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Code Geass: Lost Stories
Publisher: Komoe Technology Limited
Developer: DMM Games
Release Date: 2023-09-13
Android, iOS
Code Geass: Lost Stories ialah game mobile Tower Defense berdasarkan anime Code Geass: Lelouch of the Rebellion. Mereplikasikan semula peristiwa ikonik daripada siri anime dengan beberapa sentuhan baharu, kita bermain sebagai protagonis baharu menyertai peperangan sebagai pilot Knightmare Frame.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidCode Geass: Lost StoriesMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Mampukah PC Anda Bermain STARFIELD? Info Spec Penuh & Tarikh Preload!

Next Post

Merdeka Sale PlayStation Bermula! Dapatkan konsol PS5 Dengan Harga RM 2279!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Merdeka Sale PlayStation Bermula! Dapatkan konsol PS5 Dengan Harga RM 2279!

Merdeka Sale PlayStation Bermula! Dapatkan konsol PS5 Dengan Harga RM 2279!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd