Kalau korang pernah bermain GTA San Andreas suatu ketika dahulu, mesti korang kenal legend ni, CJ, atau namanya Carl Johnson. Masih ingat lagi permulaan game ini di mana korang kena naik basikal dan mengayuhnya sampai ke rumah. Resident Evil 2 pula adalah game seram yang baru sahaja keluar pada awal tahun ini, di mana korang bermain sebagai Leon S. Kennedy sebagai watak utama yang berlawan dengan zombie. Apa akan jadi apabila kedua-dua protagonis ini bertukar tempat?
https://www.youtube.com/watch?v=qw94Tiy9V1k&t=32s
Pengguna Youtube Marcos RC ada jawapannya. Dia telah membuat satu mod di mana korang boleh bermain sebagai CJ di dalam Resident Evil 2 menggantikan Leon. Dalam video tersebut, kita dapat lihat yang CJ memakai pakaian ikoniknya, iaitu singlet berwarna putih dan jeans. Berbekalkan senjatanya, CJ berlawan dengan zombies dan menembak Mr.X berulang-ulang kali. Malah, cut scenes dia pun memang korang akan nampak muka CJ ni!
https://www.youtube.com/watch?v=MitIOWRlL24&t=2s
Dia juga pernah keluarkan mod Shaggy dari Scooby-Doo. Dikejar oleh Polis Racoon City, Mr.X mungkin kelihatan agak menyeramkan, tapi dengan ada CJ ni, korang tak akan rasa takut dah! Dia tembak selamba je Mr.X ni!
Sejak keluaran Resident Evil 2, makin ramai yang membuat mod dengan gaya tersendiri dan tak masuk akal. Nampaknya, mod-mod ini akan terus datang, dan ia pasti menarik untuk lihat bagaimana mod lain akan dihasilkan. Komuniti mod ni banyak idea kreatif yang dorang siap sedia untuk tonjolkan! Macam awal bulan hari itu, Mr.X digantikan dengan Thomas The Engine! Fuhhhh. Pelik-pelik tapi kreatif betul!
@gamersantaimy
Discussion about this post