Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Real time strategy, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop
Share on FacebookShare on Twitter

Firaxis Games baru sahaja melepaskan Update 1.2.2 untuk Sid Meier’s Civilization VII, dan ia hadir dengan pelbagai ciri yang dinanti-nantikan komuniti pemain.

Daripada peta baharu berskala besar sehinggalah pilihan customization yang lebih mendalam dan integrasi dengan Steam Workshop, udapte kali ini dianggap antara yang paling signifikan sejak game ini dilancarkan. Berikut adalah ringkasan mengenai kandungan utama dan sebab ia bakal mengubah cara anda bermain Civ.

Jelajah Dunia Lebih Luas dengan Peta Large dan Huge

Bagi pemain yang sukakan sesi panjang dan skala besar, update ini memperkenalkan saiz peta baharu iaitu “Large” dan “Huge” untuk semua jenis peta.

Kawasan permainan yang lebih luas ini direka khas untuk menyokong sehingga 10 pemain, namun mod multiplayer buat masa ini masih dihadkan kepada 8 pemain (gabungan manusia dan AI), sementara Firaxis masih meneliti kestabilan bagi bilangan pemain yang lebih besar.

Peta ini turut menampilkan Pantheon, Religious Belief, Discovery serta ganjaran baharu daripada City-State yang direka untuk mengekalkan pengalaman bermain yang bervariasi, walau sebesar mana pun dunia anda.

Namun Firaxis memberi peringatan bahawa peta besar ini memerlukan spesifikasi komputer yang lebih tinggi, jadi pengguna dengan sistem yang lebih lemah mungkin akan mengalami masa giliran yang perlahan.

Ciri ini tersedia di semua platform utama seperti PC, Mac, Linux, PS5, Xbox Series dan Nintendo Switch 2. Bagi pemilik Nintendo Switch asal, saiz peta dihadkan kepada Duel, Tiny dan Small sahaja kerana kekangan perkakasan. Jika anda bermain cross-play bersama pengguna Switch, sekatan ini akan turut terpakai.

Sebagai tambahan, Firaxis mengingatkan bahawa tetapan Balanced Start pada peta besar boleh menyebabkan penjanaan peta menjadi sedikit pelik. Oleh itu, buat masa ini disyorkan untuk memilih Standard Start bagi mengelakkan isu tersebut.

Advanced Game Options untuk Gaya Bermain Lebih Fleksibel

Civilization VII memang terkenal dengan fleksibiliti gaya bermainnya, dan Update 1.2.2 memperluaskan lagi aspek tersebut melalui pilihan “Advanced Game Options” baharu (setakat ini hanya untuk singleplayer). Pilihan ini membolehkan anda menetapkan peraturan permainan sendiri.

Contohnya, mematikan Legacy Paths tertentu atau menyingkirkan Score Victory agar anda boleh terus bermain sehingga Zaman terakhir tanpa had giliran.

Anda juga boleh menetapkan tahap kesukaran AI, melangkau “Civ unlock” sewaktu perubahan Zaman, atau mengubah sejauh mana agresifnya Independent Power.

Firaxis turut mencadangkan mod sandbox yang menyeronokkan: dengan mematikan Legacy Paths pada Zaman Antiquity dan Exploration, menggunakan Abbreviated Ages, serta mematikan Score Victory sebagai cara santai untuk menikmati keunikan pemimpin dan tamadun pilihan anda tanpa tekanan objektif kemenangan.

Religion, Town, dan City-State Menerima Naik Taraf

Aspek Religion dalam Civ VII turut menerima perhatian kali ini. Merespon maklum balas pemain tentang kurangnya insentif untuk menukarkan bandar sendiri kepada agama tertentu, Firaxis telah menambah pelbagai Belief baharu dan melaraskan yang sedia ada supaya penyebaran agama dalam empayar sendiri memberikan lebih banyak ganjaran.

Dua Pantheon baharu turut diperkenalkan dalam Zaman Antiquity, dan kini lebih daripada seorang pemain boleh memilih Pantheon yang sama, menjadikan pemilihan awal lebih terbuka dan seimbang.

Sementara itu, sistem Town turut diperbaharui. Urban Center kini boleh membina bangunan utama seperti Library dan Monument sejak Zaman Antiquity. Fort Town pula boleh membina pelbagai jenis tembok untuk mengawal lokasi strategik.

Resort Town menerima focus baharu yang memberikan bonus Gold dan Happiness kepada jubin Rural dan Natural Wonder, menjadikannya lokasi ideal untuk membina kawasan pelancongan.

Bagi Hub Town pula, sedikit penyesuaian dilakukan: bonus Influence dikurangkan dari +2 ke +1 untuk setiap Settlement yang dihubungkan, sebagai usaha menyeimbangkan kuasa mereka.

Steam Workshop dan SDK Modding Kini Tersedia

Komuniti peminat Civ kini boleh melepaskan kreativiti mereka dengan pengenalan sokongan Steam Workshop. Pemain boleh mencari dan melanggan mod secara terus melalui Steam, dan semua kemas kini akan dimasukkan secara automatik ketika game dilancarkan.

Sama ada ingin menukar paparan UI ataupun menambah ciri gameplay baharu, mod kini memudahkan anda mencipta pengalaman Civ VII yang benar-benar peribadi.

Firaxis juga telah melancarkan versi awal SDK Modding, lengkap dengan alat pemuat naik mod, kepulangan FireTuner kegemaran ramai, dan panduan rasmi untuk mereka yang ingin mula mencipta mod. Tiga contoh mod telah dimuat naik ke Workshop untuk menunjukkan teknik dan ciri baharu yang boleh digunakan oleh modder.

Namun Firaxis turut mengingatkan agar semua mod mematuhi Terma Perkhidmatan — elakkan kandungan menyinggung, IP tanpa lesen, atau kod yang merosakkan.


Untuk maklumat penuh mengenai perubahan dalam Civilization VII Update 1.2.2, anda boleh baca Patch Note rasmi yang disediakan oleh Firaxis. Game ini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, melalui Steam, Epic Games Store.


Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Civilization VII
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter
Filem

Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter

June 24, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd