Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

City Hunter bakal dapat filem live action di Netflix! Dibintangi oleh Ryohei Suzuki!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
City Hunter bakal dapat filem live action di Netflix! Dibintangi oleh Ryohei Suzuki!
Share on FacebookShare on Twitter

City Hunter, salah satu siri legenda terkenal dalam komuniti manga dan anime. Nampaknya, filem City Hunter akan mendapat adaptasi live action yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2024 menerusi Netflix. Walaupun tajuk penuh masih belum diberitahu, filem ini akan dibintangi oleh Ryohei Suzuki(Hentai Kamen/HK, Tokyo Tribe, Tokyo MER) dan diarahkan oleh Yuichi Sato (Kisaragi, Nonai Poison Berry).

City Hunter, a live action feature film adaptation of the legendary manga, is coming in 2024 with Ryohei Suzuki playing Ryo Saeba and Yuichi Sato directing. pic.twitter.com/XsBEVtFBso

— Netflix (@netflix) December 14, 2022

Manga ini pernah mendapat pelbagai adaptasi live action di Hong Kong, Korea Selatan dan Perancis, namun ini adalah filem City Hunter pertama yang akan dihasilkan di Tokyo seperti di dalam manga. Filem ini akan menukar latar dari akhir abad ke-20 kepada zaman moden, tetapi ia masih mengekalkan kot panjang Saeba daripada manga dan bukan jaket seperti yang dilihat dalam anime.

Menurut sumber, filem City Hunter live action akan ditulis oleh Tatsuhiro Mishima (live action Yu Yu Hakusho) dan Yoshihide Otomo (INU-OH, Lupin Zero, live action Orange) pula akan menjadi komposer muzik filem ini. Selain itu, filem ini akan dihasilkan oleh Keisuke Senpei dan Kosuke Oshida manakala Shinichi Takahashi sebagai penerbit eksekutif. Netflix akan menghasilkan filem dengan kerjasama HoriPro dan Office Shirous.

Kami pasti anda sedang menantikan barisan pelakon untuk filem ini, tetapi malang sekali Netflix masih belum mendedahkan barisan penuh mereka. Kita hanya mendapat lihat Ryohei Suzuki seperti yang ditunjuk oleh Netflix. Namun kita boleh jangkakan barisan pelakon penuh dalam masa terdekat ini.

City Hunter merupakan manga yang dihasilkan oleh Tsukasa Hojo dan telah diterbitkan selama lapan tahun di Shonen Jump, Shueisha, dari tahun 1985 sehingga tahun 1992. Dari Shonen Jump kemudian dikumpulkan menjadi 35 jilid. Berikut adalah sinopsis City Hunter:

Ryo Saeba a.k.a City Hunter, seorang pembunuh upahan yang memenuhi semua kehendak pelanggannya. Dia melakukan pelbagai kerja dari pengawal peribadi sehingga membunuh, tetapi dia hanya akan mengambil tugas begitu jika wanita cantik terlibat, atau keikhlasan pelanggan membuat hatinya tersentuh. Bersama dengan pasangannya, Kaori Makimura, adik kepada mendiang kawan baiknya, Ryo melawan kejahatan yang berada di sebalik bandarnya!

Buat masa ini masih tiada tarikh rasmi bila filem City Hunter live action ini akan dikeluarkan, tapi ia pasti akan tiba pada tahun 2024 di Netflix. Kami akan kemas kini kepada anda apa bila telah mendapat maklumat lanjut di masa akan datang.

Untuk mendapat liputan lain mengenai anime, game dan banyak lagi, ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCity Hunterlive actionmanganetflix
Previous Post

Football Manager 2023 Review — Kembali Dengan Penambahan Yang Ditunggu Peminat!

Next Post

Hogwarts Legacy Gameplay didedahkan, pemain boleh gunakan Hippogriff & Avada Kedavra!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Hogwarts Legacy Gameplay didedahkan, pemain boleh gunakan Hippogriff & Avada Kedavra!

Hogwarts Legacy Gameplay didedahkan, pemain boleh gunakan Hippogriff & Avada Kedavra!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd