Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man Part 2 akan datang pada 13 Julai! Nantikan aksi baru Denji!

Maira by Maira
June 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Chainsaw Man Part 2 akan datang pada 13 Julai! Nantikan aksi baru Denji!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan semasa Jump Festa 22 pada tahun lepas, ramai peminat Chainsaw Man yang menantikan sambungan untuk siri manga tersebut. Berita baik buat anda semua kerana siri tersebut akan kembali tidak lama lagi! Melalui Twitter, akaun rasmi siri Chainsaw Man telah mengumumkan bahawa Part 2 akan diterbitkan pada 13 Julai 2022!

\速報/
「#チェンソーマン」第2部
連載開始日が遂に決定!

7月13日(水)
ジャンプ+で連載開始です!
楽しみにお待ちください…!

— チェンソーマン【公式】 (@CHAINSAWMAN_PR) June 20, 2022

Bab terbaru ini akan tersedia di aplikasi Jump+ tetapi ianya tidak boleh diakses di Malaysia. Tetapi jangan risau kerana MangaPlus juga salah satu platform yang mempunyai manga Jump+.

Chainsaw Man Part 2 by Tatsuki Fujimoto will arrive to MANGA Plus on July 13th in 🇬🇧 English, 🇪🇸 Spanish, 🇫🇷 French, 🇵🇹 Portuguese and 🇹🇭 Thai! https://t.co/UMeiz6aoG5 pic.twitter.com/qJYk3OuekG

— Follow @mangaplus_o! (@mp_unofficial1) June 20, 2022

Sejak diterbitkan pada 2018, manga Chainsaw Man telah menjadi popular di seluruh dunia dan merupakan karya paling popular oleh Fujimoto, dengan lebih 12 juta salinan dalam edaran. Sebelum Chainsaw Man diterbitkan, Fujimoto amat terkenal dengan siri Fire Punch. Mangaka tersebut juga telah melepaskan satu manga one-shot bertajuk Goodbye, Eri. Anda boleh baca manga itu melalui MangaPlus.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:

“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.

Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Mesti anda semua tidak sabar untuk membaca sambungannya. Agaknya apalah yang menanti kita dalam Chainsaw Man Part 2 ini. Anime juga akan ditayangkan pada hujung tahun. Memang banyak betul aksi hebat yang menanti nanti. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chainsaw ManChainsaw Man Part 2manga
Previous Post

Senarai ANIME SHOUJO untuk korang yang inginkan hiburan baru selain Shounen!

Next Post

MOBA klasik Heroes of Newerth rasmi tutup selepas 12 tahun aktif

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
MOBA klasik Heroes of Newerth rasmi tutup selepas 12 tahun aktif

MOBA klasik Heroes of Newerth rasmi tutup selepas 12 tahun aktif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd