Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man: Kenali Power, Fiend Yang Bertenaga Dan Dahagakan Darah!

Maira by Maira
October 28, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Chainsaw Man: Kenali Power, Fiend Yang Bertenaga Dan Dahagakan Darah!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah tiga episod Chainsaw Man telah ditayangkan dan kami pasti anda telah berjumpa dengan banyak watak sekarang. Satu lagi watak baru telah diperkenalkan dalam episod baru iaitu Power, si fiend yang penuh tenaga! Nak kenali Power dengan lebih mendalam? Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Devil Form Power

AMARAN! ADA SPOILER MANGA CHAINSAW MAN!

Untuk pengetahuan anda, sebelum dia menjadi Power yang kita kenali sekarang, dia merupakan Blood Devil yang mempunyai rupa humanoid berlengan empat. Malah dia juga mempunyai tanduk yang sangat panjang, hampir sama dengan fiend form-nya.

Dadanya mempunyai sangkar rusuk terbuka menunjukkan rongga dada penuh dengan usus sehingga lehernya. Badannya yang sekarang ialah mayat yang dijumpainya lalu mengambil alih badan mayat tersebut.

Disebabkan sifat semula jadinya sebagai devil, Power tidak kisah untuk membunuh manusia mahupun makhluk lain. Sesiapa sahaja yang bertentangan mata dengannya, memang malang nasib mereka.

Tetapi itu semuanya perkara lama dan dia telah berubah selepas bertemu dengan seekor kucing jalanan yang kini menjadi haiwan peliharaannya yang dinamakan “Meowwy”. Kalau ikutkan Power hanya ingin membesarkan kucing tersebut untuk dijadikan makanan tetapi dia kini sangat sayang pada haiwan tersebut sampai sanggup menggadaikan nyawa Denji.

Sebagai Blood Devil, sudah tentu kuasa Power berpusatkan darah. Dalam anime anda nampak dia boleh menghasilkan tukul gergasi menggunakan darahnya malah mencipta banyak lembing. Jika dia mengambil banyak darah, tanduknya juga boleh tumbuh dan bertambah. Malah segala kecederaannya juga boleh disembuhkan.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini tanpa menyentuh spoiler besar. Banyak lagi perkara menarik yang anda akan ketahui sepanjang tayangan siri anime ini. Lebih-lebih lagi dengan kerenah Power bersama Denji dan Aki.

Untuk anda yang ingin menonton anime ini, boleh gunakan platform seperti Ani-One Asia dan Amazon Prime! Siri ini juga akan tersedia di platform lain pada masa akan datang. Manganya juga tersedia secara percuma di MangaPlus untuk dibaca.

Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chainsaw ManPower
Previous Post

“Motion Capture adalah seperti berus” – Interview bersama Kenn McDonald dari PS Malaysia [Level Up KL 22]

Next Post

Mari pelajari tentang “monetization” game – Interview bersama Tim Fields [gamescom Asia 22]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mari pelajari tentang “monetization” game – Interview bersama Tim Fields [gamescom Asia 22]

Mari pelajari tentang "monetization" game - Interview bersama Tim Fields [gamescom Asia 22]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd