MAPPA nampaknya memberikan kejutan kepada peminat Chainsaw Man! Studio animasi tersebut telah melepaskan video preview untuk episod pertama anime tersebut. Apabila melihat preview tersebut, memang lain daripada jangkaan ramai orang. Anda boleh menonton preview Chainsaw Man di bawah.
Elok beberapa hari yang lalu, penonton telah bocorkan rakaman daripada tayangan khas episod pertama Chainsaw Man di media sosial. Disebabkan rakaman itulah CGI animasi Chainsaw Man telah dikritik teruk sampai ada yang membandingkannya dengan CGI anime Berserk. Kalau anda sempat melihat rakaman tersebut, kualitinya sangat teruk. Tetapi itulah yang menjadi bahan untuk ramai orang kritik kualiti CGI yang digunakan.
Tetapi dengan keluarnya preview terbaru ini, terus senyap semua “pengkritik” ini. Siap ada yang mula memuji pula. Segala aksi penuh gore yang dipaparkan tanpa sebarang “censor”. Satu langkah yang bagus diambil oleh MAPPA. Tidak lengkaplah siri Chainsaw Man tanpa adegan penuh gore memandangkan siri manga penuh dengan darah.
Bercerita tentang siri anime Chainsaw Man, ia akan mempunyai 12 episod secara keseluruhan. Bukan setakat itu sahaja, setiap episod mempunyai lagu ending tersendiri daripada pelbagai artis. Siri ini akan tersedia untuk ditonton pada 11 Oktober ini. Untuk peminat di Malaysia, pelbagai platform rasmi yang boleh digunakan untuk menonton anime ini. Antaranya Ani-One Asia dan Bilibili.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:
“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.
Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”
Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post