Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CEO Pembangun Palworld Bersuara Mengenai Tuduhan Plagiat dan Ancaman Terhadap Artis!

Maira by Maira
January 23, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
CEO Pembangun Palworld Bersuara Mengenai Tuduhan Plagiat dan Ancaman Terhadap Artis!

Sumber: Pocketpair

Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lebih 4 juta pemain yang sudah meneroka Palpagos Island dalam game hit terbaharu, Palworld. Dengan ramai menggelar game ini sebagai “Pokemon dengan Pistol”, memang tidak pelik jika melihat design raksasa ataupun “Pal” yang seakan-akan Pokemon jika dilihat sekilas pandang.

Ini membuatkan ramai yang menuduh pembangun game tersebut plagiat design Pokemon dan ada juga yang mula menghantar ancaman kepada pereka-pereka pembangun itu. Melihat pelbagai reaksi daripada komuniti, CEO PocketPair, Takuro Mizube telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenainya.

Palworld
Sumber: Pocketpair

Dalam sebuah temu bual bersama Automaton, Mizobe telah menyatakan bahawa mereka tidka berniat untuk melanggar harta intelek syarikat lain malah menyatakan bahawa Palworld bersih dalam semakan undang-undang dan tidak ada tindakan yang diambil terhadapnya oleh syarikat lain.

Palworld
Sumber: Pocketpair

Baru-baru ini juga, Mizobe mengongsikan bahawa ramai yang mengancam artis game dalam talian dan meminta untuk perkara tersebut dihentikan.

“Kami sedang menerima komen kesat dan berunsur fitnah terhadap artis kami, selain tweet yang kelihatan seperti ugutan bunuh” katanya melalui Twitter/X.

“Walaupun kami telah menerima pelbagai pendapat tentang Palworld, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penyeliaan semua bahan yang berkaitan dengan Palworld dikendalikan oleh satu pasukan, termasuk saya sendiri. Saya memikul tanggungjawab untuk bahan yang dihasilkan. Saya akan menghargai jika komen ini terhadap artis yang terlibat dalam Palworld akan dihentikan.”

現在、弊社のアーティストに対して誹謗中傷が届いており、殺害予告に近いようなツイートも散見されます。

パルワールドに関して様々な意見を頂いておりますが、パルワールドに関する制作物の監修は全て私を含めた複数人で行っており、制作物の責任は私にあります。…

— Takuro Mizobe | Palworld (@urokuta_ja) January 22, 2024

Ancaman sebegini sememangnya sesuatu yang sering dilakukan dalam komuniti gamer kepada pembangun apabila mereka merasakan tidak puas hati dengannya. Inilah antara perkara yang membuatkan ramai memandang serong kepada komuniti. Harap-haraplah perkara ini beransur pulih pada masa akan datang.

Palworld telah dilancarkan secara rasmi pada 19 Januari yang lalu pada Xbox dan PC. Ia kini antara game popular di Steam dengan lebih 1.5 juta pemain di platform tersebut! Berikut adalah penerangan ringkas mengenai game ini:

Berlawan, bertani, membina dan bekerja bersama-sama makhluk misteri yang dipanggil “Pal” dalam game multiplayer baru, open world survival dan crafting!

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PalworldPocketpair
ShareTweetSend
Previous Post

Gungrave G.O.R.E Ultimate Enhanced Edition Review — Game Kini Lebih Sempurna dan Menyeronokkan!

Next Post

The Rising Shield Hero Season 4 Diumumkan! Visual Teaser Pertama Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
The Rising Shield Hero Season 4 Diumumkan! Visual Teaser Pertama Didedahkan!

The Rising Shield Hero Season 4 Diumumkan! Visual Teaser Pertama Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd