Baru sahaja tadi, CD Projekt Red bersama Netflix telah mengumumkan sebuah acara virtual fan, iaitu WitcherCon beserta tarikh dan perincian sambutan talian global mereka untuk francais The Witcher.
It's a date!
— The Witcher (@witchergame) June 11, 2021
Pengumuman itu dilaporkan melalui perbualan Twitter antara akaun WitcherNetflix dan WitcherGame, bersama-sama ingin menghadiri acara multi-format pertama yang didedikasikan untuk universe The Witcher. Acara tersebut akan berlangsung pada hari Sabtu 10 Julai 2021, dimana WitcherCon bakal menjadi acara epik untuk peminat Witcher sama ada lama atau pun yang baru. Malah, WitcherCon bakal menyatukan dunia permainan video The Witcher bersama siri TV yang menampilkan:
- Kepelbagaian panel yang menghiburkan dan interaktif yang memfokuskan kepada mereka yang menghidupkan The Witcher dari in-game ke kaca TV.
- Berita terkini, eksklusif di belakang tabir dan pendedahan yang tidak pernah dilihat sebelum ini dari seluruh francais The Witcher.
- Melihat pendekatan kreativiti dan produksi di sebalik game CD Projekt Red, termasuk game mobile yang akan datang, iaitu The Witcher: Monster Slayer, buku komik bersama koleksi peminat, dan siri live-action Netflix The Witcher serta merchandise, dan filem anime Nightmare of the Wolf.
- Pendedahan khas mengenai trivia, legenda, raksasa dan asal usul Continent.
Anda boleh mendapatkan jadual penuh acara dan menonton siarang langsung di laman rasmi WitcherCon, atau ikuti Youtube Witcher Game serta Twitch CD Projekt Red. Untuk membaca segala liputan kami mengenai The Witcher, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post