Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Cara-cara untuk pitching game anda kepada penerbit” – Vlad daripada Neon Doctrine [Level Up KL 22]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2022
in Artikel, Berita, Game, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
“Cara-cara untuk pitching game anda kepada penerbit” – Vlad daripada Neon Doctrine [Level Up KL 22]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari kedua di Level Up KL 2022 dan kami menghadiri pembentangan tentang “cara-cara untuk pitching game anda kepada penerbit” oleh Vladyslav Tsypljak atau nama pendeknya Vlad daripada syarikat penerbit Neon Doctrine. Jika korang perlukan nasihat dan petua membantu, teruskan membaca!

Jadi apa yang anda perlu buat? Pertama, susun dahulu “pitch” dan senaraikan keperluan anda. Adakah anda memerlukan pembiayaan (berapa banyak? Untuk apa?), adakah game itu perlu kena “port” ke platform lain seperti mobile, penterjemahan bahasa, dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, penerbit juga boleh bantu anda dalam proses pembangunan game? Walaupun tidak bantu secara langsung, mereka dapat mencari studio untuk bantu menggilapkan lagi aspek-aspek tertentu dalam game anda seperti asset, modeling, reka seni dan lain-lain.

Selain itu, setiap game memerlukan QA (Quality Assurance) yang menguji jika produk memenuhi fungsi dan piawaian yang ditetapkan. Akhir sekali adalah bahagian pemasaran dan ini memang tanggungjawab wajib oleh mana-mana syarikat penerbit yang terdiri daripada showcase, temu ramah, booth.

Berikut adalah huraian untuk sebuah pitching game:

  • Jika boleh, serta demo build untuk game anda
    • Muat naik demo di dalam Steam kerana kadangkala fail EXE boleh menjadi virus. Pada masa yang sama, ia lebih mudah untuk dev jaga (hantar link Steam di dalam pitching nanti).
  • Video gameplay
    • Video pendek 4 hingga 5 saat untuk menunjukkan mekanik permainan
  • Rumusan atau bio tentang pasukan/studio
    • Untuk membuktikan bahawa pasukan anda boleh menghasilkan dengan baik dan menunjukkan struktur dan keserasian
  • Rumusan tentang game
    • Jelaskan tentang game anda dan titik jualannya yang unik
  • Senaraikan apa yang anda perlukan
  • Jelaskan mengapa mereka perlu melaburkan masa dan wang untuk anda
    • Penerbit akan membayar tunai untuk memastikan studio itu stabil (bayar gaji, peralatan). Oleh itu anda tidak perlu senaraikan aspek penterjemahan dan pemasaran dalam pitching. Itu diuruskan oleh penerbit.
  • Jangan copy paste pitch yang sama kepada semua orang.

Sila selidik penerbit itu

Seperti yang anda semua tahu, ada banyak penerbit berniat jahat, jadi hati-hati! Sebelum memberi pitching, pastikan anda melihat senarai game terbaru mereka dan kaji prestasi setiap satu di pasaran termasuk perhatian daripada komuniti umum dan apa yang mereka puji atau mengadu.

Bagi jumlah jualan, pastikan ia mencukupi. Jumlah nombor kadangkala boleh nampak banyak tetapi majoriti daripadanya mungkin datang daripada jualan bundle dan diskaun (yang tidak memperoleh keuntungan penuh). Yang penting, jangan percaya segala data mereka sebelum membuat kajian!

Faham isi kontrak

Pastikan anda tahu jaminan minimum (jumlah wang yang diminta oleh penerbit terlebih dahulu) dan nilai bayaran balik. Sesetengah penerbit meminta bayaran balik 100% yang sememangnya sangat kejam lagi-lagi bagi studio indie.

Di samping itu, lindungi hak dan nilai game anda. Kenal pasti siapa yang menetapkan diskaun dan siapa yang mempunyai kata putus.

Petua dan nasihat

  1. Buat studio indie, jangan habiskan 5-6 tahun di projek pertama. Ia tidak akan relevan. Untuk projek pertama, tempoh maksimum yang seelok-elokny adalah 1-2 tahun untuk menunjukkan kredibiliti anda. Mula dengan game yang kecil dan kemudian luaskan portfolio anda.
  2. Sila sertai acara. Hasil semasa jumpa secara langsung lebih membuahkan hasil dan meluaskan networking kita. Pada masa yang sama, kini acara dalam talian semakin banyak dan lebih mudah diakses. Pemaju, terutamanya daripada Asia Tenggara tidak perlu terbang jauh untuk bertemu orang.
  3. Mempromosikan diri sendiri dan lakukannya daripada awal. Jangan takut untuk menceritakan tentang game anda. Tidak mengapa jika populariti masih rendah, lama-kelamaan komuniti akan berkembang.

Untuk segala liputan kami tentang Level Up KL 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: level up klNeon Doctrinepitching gameVlad
Previous Post

Satu Lagi Game Ciplak Dijumpai, Kali Ini Sekiro Pula Menjadi Mangsa!

Next Post

Acer Swift Edge Diperkenalkan! Dapatkan Laptop Ultraringan Bermula Harga RM5,299!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Acer Swift Edge Diperkenalkan! Dapatkan Laptop Ultraringan Bermula Harga RM5,299!

Acer Swift Edge Diperkenalkan! Dapatkan Laptop Ultraringan Bermula Harga RM5,299!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd