Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara-cara main Final Fantasy VII Ever Crisis di Malaysia! (Pintas Region Lock)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Panduan, RPG
0 0
0
Cara-cara main Final Fantasy VII Ever Crisis di Malaysia! (Pintas Region Lock)
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Final Fantasy VII Ever Crisis telah dilancarkan pada 7 September 2023 di “seluruh dunia”, ia belum tersedia secara rasmi di Asia Tenggara termasuk negara kita, Malaysia – lantas membuatkan ramai pemain tertunggu-tunggu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda tidak boleh bermain game ini. Di sini, kami menyediakan panduan untuk cara-cara bermain Final Fantasy VII Ever Crisis bagi penduduk Malaysia serta meminta region lock.

Another Possibility for a Remake

As of September 7, PDT
FINAL FANTASY VII EVER CRISIS has officially launched!
Enjoy a new take on the nostalgic world of the FINAL FANTASY VII series on the go!

Download Now:https://t.co/Rhibh4NmJs#FF7EC #FF7EverCrisis #FF7 pic.twitter.com/cb4NDJ4HBi

— FINAL FANTASY VII EVER CRISIS_EN|FF7EC (@FFVII_EC_EN) September 7, 2023

Tidak sabar untuk mencuba game ini? Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Cipta akaun Google Play Store & Apple ID baru di Jepun & muat turun Ever Crisis

Kredit: Square Enix

Walaupun banyak negara menyokong game Ever Crisis, kami mengesyorkan anda untuk memilih Jepun sebagai negara pilihan untuk memudahkan langkah seterusnya. Pada masa yang sama, anda juga boleh menukar negara pada akaun sedia ada tetapi memandangkan cara itu terlalu leceh, kami sarankan supaya anda membuat akaun baru. Selepas itu, anda boleh memuat turun game itu di platform masing-masing.

Untuk pemilik Android, anda mempunyai kaedah lain untuk memuat turun game ini iaitu dengan memakai fail APK. Cuma hati-hati, APK bukanlah cara paling selamat dan berisiko menjangkiti peranti anda dengan virus.

Jika anda ingin tidak kisah tentang risiko, berikut adalah pautan yang selamat untuk guna:

  • Final Fantasy VII Ever Crisis Global Server

Langkah 2: Muat turun VPN pilihan

Kredit: Square Enix

Muat turun sahaja tidak cukup untuk membolehkan kita bermain game ini kerana SQUARE ENIX telah meletakkan “region lock” bagi negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu, pemain perlu memuat turun VPN terlebih dahulu untuk memintas sekuriti itu.

Bagi pilihan VPN, saya mengesyorkan:

  • NordVPN
  • Surfshark VPN
  • Speedy Quark VPN
  • VPN Servers
  • VPN Tunnel

Pilihan VPN di atas adalah percuma, jadi anda perlu menghadapi beberapa iklan untuk mengakses aplikasi ini sepenuhnya.

Langkah 3: Bermain Final Fantasy VII Ever Crisis

  • Buka aplikasi VPN dahulu
  • Sambung ke server Jepun
  • Buka Final Fantasy VII Ever Crisis
  • Main

Seperti saya kata tadi, Final Fantasy VII Ever Crisis ialah game mobile dengan elemen gacha/loot box. Dirancang untuk mengeluarkan episod baru secara bulanan, game ini menceritakan semula peristiwa daripada game original Final Fantasy VII pada 1997, dan semua judul kanon dalam francais Final Fantasy VII seperti filem Advent Children, dan game Before Crisis, Crisis Core dan Dirge of Cerberus.

Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy VII Ever CrisisMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Isu Booth Cosplay Percuma di Nijiket, Komuniti ACG Tidak Puas Hati Dengan Nijigen Expo!

Next Post

Acer Malaysia umum laptop Swift Edge 16 & Siri Aspire S, harga bermula RM3999!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Acer Malaysia umum laptop Swift Edge 16 & Siri Aspire S, harga bermula RM3999!

Acer Malaysia umum laptop Swift Edge 16 & Siri Aspire S, harga bermula RM3999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd