Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom patenkan “Cip pembaca minda” – Punca masa bermain MH World lama!

Maira by Maira
October 6, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Teknologi
0 0
0
Capcom patenkan “Cip pembaca minda” – Punca masa bermain MH World lama!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut sebuah catatan di 4Gamers, Capcom telah memohon untuk paten “cip pembaca minda” pada tahun 2019. Catatan itu bermula dengan kisah seorang pemain yang bermain Monster Hunter World sehingga dia mencecah level HR 300. Tetapi setelah pengembangan “Iceborne” di kemas kini dalam permainan itu, Dia masih tidak mendapat “Strong wall beads” sehingga dia mengalah dan berhenti main. Bukan setakat itu, dia diketawakan oleh rakannya yang lain mengatakan permainan itu mempunyai cip yang boleh membaca mindanya. Alangkah terkejutnya bila mengetahui Capcom benar-benar cuba untuk patenkan “cip pembaca minda” itu.

“Cip” ini merupakan gurauan dalam komuniti pemain Monster Hunter, kerana pemain perlu memburu monster untuk berlatih atau mendapatkan orb untuk upgrade skill tertentu. Disebabkan item-item ini jarang sekali diberikan, pemain sering menghabiskan masa yang lama dan item yang banyak sebelum mereka mendapatkan orb tertentu. Ini membuatkan pemain bergurau mengatakan bahawa permainan itu tahu apa yang mereka inginkan.

Menurut sebuah video pendedahan oleh Youtuber Jepun, 茶々茶 (chachacha), Capcom pada awalnya mengajukan permohonan paten pada 26 September 2019, terutama melalui sistem pengaturcaraan untuk mengawal kemungkinan untuk mendapat item dalam permainan.

Permohonan paten mempunyai sebanyak 104 item. Secara mudahnya, ia ingin memantau data pemain melalui sistem, seperti jumlah tugas bermain, jumlah alat yang dipegang dan digunakan, jumlah alat yang dibuat, atau keinginan untuk mendaftar dalam senarai permainan dan data lain membuat spekulasi lebih lanjut mengenai item yang diharapkan pemain untuk mendapatkannya.

Setelah sistem mengenalinya, ia akan dikendalikan oleh program mengikut pelbagai situasi dan mengubah kebarangkalian item tersebut, memudahkan pemain memperoleh item yang diinginkan. Menurut carta yang dilampirkan pada permohonan paten, jelas bahawa Capcom menggunakan sistem “Monster Hunter” sebagai contoh.

Walau bagaimanapun, perlu disebutkan bahawa item terakhir dalam 104 paten itu menekankan bahawa 59 item dapat mengubah dan meningkatkan kebarangkalian untuk memperoleh item, tetapi pada masa yang sama ia juga dapat mengurangkan kebarangkalian itu. Jadi pemain akan rasa lebih bangga apabila mereka akhirnya mendapatkan item yang diingini.

Walaupun paten tersebut diajukan pada akhir September 2019, Monster Hunter World: Iceborne telah dilepaskan pada 6 September pada tahun yang sama. Itu telah membuatkan sebilangan pemain membuat perbincangan mengenainya.

Walaupun itu semua kebetulan, ada kemungkinan teknologi ini sebenarnya diterapkan dalam permainan Capcom yang sebelumnya. Senang cerita, pemain yang terperangkap oleh cip pembaca minda ini akhirnya sedar setelah beberapa tahun.

Itu sahaja maklumat yang kami dapat dari catatan tersebut.Jadi kepada peminat Monster Hunter World, ini kemungkinan kenapa anda susah untuk mendapatkan item yang anda perlukan. Walaupun begitu, “cip” ini lebih kepada kod programming yang ada dalam permainan tersebut. Jika anda ingin membaca liputan lanjut mengenai Monster Hunter, anda boleh klik di sini.

Sumber: 4Gamers, newsdirectory3

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Capcommonster hunter worldTeknologi
Previous Post

Si seram Slender Man nampaknya kembali dengan Slender: The Arrival di Mobile!

Next Post

YouTube PUBG Mobile Esports di Hack dan Hilang Seketika!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
YouTube PUBG Mobile Esports di Hack dan Hilang Seketika!

YouTube PUBG Mobile Esports di Hack dan Hilang Seketika!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd