Akhirnya! Tarikh pelancaran untuk Naraka: Bladepoint kini sudah pun tiba! Game genre online battle royale ini telah dibangunkan oleh syarikat dari China, iaitu 24 Entertainment dan diterbitkan oleh NetEase. Buat masa ini, anda boleh bermain Naraka: Bladepoint di platform PC melalui Steam, dan ianya bakal tiba ke konsol PlayStation 5 tidak lama lagi.
Naraka: Bladepoint adalah permainan terbaru dengan formula Battle Royale yang telah diubah menjadi lain dari game sebelum ini. Walaupun pemain mempunyai kemampuan untuk menggunakan senjata jarak jauh seperti busur, kebanyakan pertempuran memusatkan perhatian pada senjata jarak dekat. Dengan pengalaman dinamik jarak dekat ini, pemain boleh melakukan pergerakan luar biasa seperti melalui penambahan cangkuk dan kemampuan parkour. Di luar pengalaman 60 pemain Battle Royale, Naraka: Bladepoint merangkumi mod lain seperti sistem duel, pertempuran 3-lawan-3, dan mod PvE.

Menurut maklumat dari Steam, game ini adalah aksi 60 pemain Battle Royale yang menawarkan pemain mobiliti gila-gila yang digerakkan dengan gaya parkour dan grappling hook, gudang senjata melee dan senjata jarak jauh, dan watak-watak dengan kemampuan yang hebat — mengubah diri anda menjadi Vajra Warrior raksasa dan menghancurkan musuh anda !
Game ini juga menawarkan pelbagai pilihan penyesuaian kosmetik boleh dilakukan bersama dengan peta baru. Naraka: Bladepoint memberikan visual nampak ganas dan mempunyai pelbagai watak yang boleh dimainkan dengan menambahkan kemahiran dan bakat unik mereka sendiri untuk menyesuaikan gaya permainan pemain.

Di sini saya sertakan pautan untuk mereka yang mahu mendapatkan Naraka: Bladepoint di Steam. Anda boleh membeli edisi biasa dengan harga Rm65.00, edisi Deluxe RM112.00, dan edisi Ultimate RM165.00. Anda juga boleh membaca ulasan pandangan pertama kami mengenai game ini di pautan yang tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post