Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022! Pre-order sekarang!

safwan by safwan
June 9, 2022 - Updated on June 10, 2022
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, Game Baru, Game Online, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Shooter, Single Player, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022! Pre-order sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Activision mengumumkan Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Battle.net serta Steam. Ia merupakan sekuel kepada Call of Duty: Modern Warfare yang telah dikeluarkan pada 2019.

Kempen dan Special Ops

Dalam Modern Warfare II, Task Force 141 akan menghadapi ancaman besar yang tidak diketahui. Hero yang dikenali oleh pemain akan kembali bersama pasukan baharu yang dibentuk sebagai globe-trotting operation termasuk Eropah, Asia, Afrika dan Amerika.

Selain itu, pemain akan mengalami pengalaman baharu dalam pelbagai level seperti pertempuran bawah air, serangan letupan dari 30,000 kaki di atas kubu musuh dan banyak lagi.

Jangan risau untuk bermain seorang kerana terdapat skuad ikonik yang akan berjuang bersama korang. Ketua pasukan Kapten John Price bersama ahli pasukannya iaitu Kyle “Gaz” Garrick, Simon “Ghost” Riley, Sarjan John “Soap” MacTavish serta ahli pasukan terbaru, Kolonel Alejandro Vargas, Operator Tier 1 dan ahli Mexico Special Force.

Multiplayer

Call of Duty: Modern Warfare II

Kepada mereka yang pre-order dan bermain Call of Duty: Modern Warfare II Multiplayer, mereka berpeluang untuk mencuba pelbagai senjata, meneroka pelbagai peta dan mode serta boleh memilih macam-macam Operator yang tersedia dalam game.

Gunsmith yang diperbaharui akan menawarkan lebih banyak penyesuaian berbanding sebelum ini. Weapon Platform membolehkan pemain membuka senjata baharu. Contohnya: korang sedang upgrade SMG bahagian muzzle, dalam masa yang sama senjata lain yang menggunakan muzzle tersebut turut dibuka mengikut platform.

Call of Duty: Modern Warfare II

Buat masa sekarang, masih tiada sebarang maklumat mengenai Modern Warfare II ujian Beta terbuka. Namun, kami pasti bahawa Open Beta tersebut akan dibuka dalam masa yang tertentu kepada pemain di semua platform. Manakala untuk akses awal pula, senang sahaja. Korang hanya perlu pre-order dan boleh terus main apabila dibuka nanti.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Battle.net serta Steam. Kalau korang nak tahu lebih terperinci mengenai kelebihan pre-order, boleh rujuk laman web rasmi Call of Duty di sini. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Call of Duty, sila klik pautan ini.

Call of Duty: Modern Warfare 2
Publisher: Activision
Developer: Infinity Ward
Announce Date: 2022-05-25
Apabila Call of Duty: Modern Warfare 2 dikeluarkan pada 28 Oktober, para gamer dapat mengalami dunia perang baru dengan 'Task Force 141' bersama Captain John Price, yang bakal ditemani oleh Simon "Ghost" Riley, John "Soap" MacTavish, Kyle "Gaz" Garrick, dan orang baru Colonel Alejandro Vargas.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Netflix dedahkan anime seram ‘Exception’, seni watak oleh Yoshitaka Amano

Next Post

Lima projek game baru didedahkan oleh Black Game Developer Fund dan perjanjian bersama Humble Games

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Lima projek game baru didedahkan oleh Black Game Developer Fund  dan perjanjian bersama Humble Games

Lima projek game baru didedahkan oleh Black Game Developer Fund dan perjanjian bersama Humble Games

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd