Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty: Mobile membawa pemain ke medan perang futuristik dalam Season 6 – Gundams Arrive, satu kolaborasi menarik bersama francais legenda Jepun, Gundam.

Bermula 3 Julai, pemain bakal menikmati pertempuran mecha, menggunakan senjata bertema Gundam, serta membuka ganjaran eksklusif dalam musim penuh aksi ini. Berikut sorotan utama yang perlu anda tahu.

Mod Khas: Gundam Team Deathmatch

Season 6 memperkenalkan mod 4v4 Gundam Team Deathmatch, di mana pemain mengawal operator bertemakan Gundam seperti Ethan — Freedom Gundam, Reaper — Sazabi, Proton — v Gundam, dan Gundam Deathscythe (EW).

Mod ini menggantikan kelengkapan biasa dengan abiliti dan senjata mecha unik, menawarkan aksi third-person yang pantas di peta baharu berkonsepkan stesen angkasa.

Dengan keupayaan khas seperti elakan, larian pantas, dan lonjakan jet, pertempuran menjadi lebih lincah dan mendebarkan.

Selepas setiap perlawanan, pemain dapat menonton animasi operator Gundam dan memperoleh ganjaran: termasuk lebih banyak animasi eksklusif jika mereka terus aktif dalam mod Gundam Team Deathmatch, Multiplayer, dan Battle Royale.

Acara Bertema Gundam

Musim ini dimulakan dengan acara Survival of the Fittest, di mana pemain yang menyelesaikan misi dalam Gundam Team Deathmatch boleh memperoleh ganjaran bertemakan Gundam secara percuma. Ganjaran tersebut termasuk:

  • J358 — Fin Funnel v Gundam (senjata legenda)
  • Urban Tracker — Defense Force (skin operator)
  • Cyro Bomb — Haro (penampilan semula)
  • Emote — Haro Team
  • Camo baharu

Log masuk harian dan daftar masuk khas juga menawarkan lebih banyak hadiah bermusim secara percuma.

Battle Pass Season 6

Battle Pass kali ini memuatkan pelbagai ganjaran percuma dan premium. Di peringkat percuma, pemain boleh mendapatkan:

  • Senjata baharu 3-Line Rifle – Marksman Rifle bergaya Perang Dunia II dengan ketepatan dan kuasa tinggi
  • Pelbagai skin, Weapon Blueprint, dan Vault Coin

Peringkat Premium pula memberikan akses kepada skin operator eksklusif seperti:

  • Silver — Chrome Dome Reskin
  • Misty — Science Pilot
  • Atlas — Dust Ranger
  • The Marshal — Rock Hound

…serta Weapon Blueprint seperti:

  • BP50 — Pathripper
  • Oden — Maevwat Technical
  • PDW-57 — Rocket Re-Entry
  • BY15 — Dark Moon
  • 3-Line Rifle — Geo Thermal Line

Pemain yang melanggan Battle Pass Subscription – Ground Forces turut menerima:

  • Kadar XP Player & Weapon meningkat 10%
  • Kupon diskaun eksklusif
  • Ganjaran tambahan seperti skin Gustavo — Cloud Asphalt, Weapon Blueprint Dingo — Desert Moon, dan Backpack — Desert Moon

Challenge Pass Season 6

Challenge Pass memberi peluang kepada pemain untuk menyelesaikan Misi Standard, Special, dan Elite. Token yang dikumpul boleh ditukar di Exchange untuk pelbagai barangan menarik termasuk J358 Hammer Grip Signature Attachment, yang meningkatkan kadar tembakan revolver tetapi mengehadkan keupayaan menyasar (ADS).

Misi baharu akan diperkenalkan sepanjang musim menerusi tab Events dan Mission Board dalam game.

Kemas Kini Kedai: Gundam dan Banyak Lagi

Gundam Forever Operator Series Draw menampilkan skin operator bertema seperti:

  • Proton — v Gundam
  • Reaper — Sazabi
  • Ethan — Freedom Gundam
  • Synaptic — Gundam Deathscythe Hell (EW)

Setiap skin hadir dengan Finishing Move, skrin lobi, dan animasi tersendiri, serta boleh dipamerkan di Safe House pemain.

Gundam Universe Weapon Series Draw pula menyertakan Weapon Blueprint seperti:

  • Krig 6 — Sword of the Blue Skies
  • Locus — Red Comet
  • Fennec — Axis Miracle
  • M13 — Glory of Shadows
  • Beam Scissors — Gundam Deathscythe Hell (EW)

Memadankan skin operator tertentu dengan Weapon Blueprint akan membuka Operator Skill khas. Pemain yang mengumpul semua item dari kedua-dua cabutan juga akan memperoleh ganjaran tambahan seperti Calling Card, Frame, dan Beam Saber – Freedom Gundam.

Sepanjang musim, acara Double CP akan menggandakan mata COD Point (CP) yang dibeli. Mythic Drop seperti Balanced Brilliance (QQ9 — Dual Kinetics) dan Ion Pulse (BP-50 — Ion Eruption) turut kembali.

Di samping itu, Battle Pass Vaults dari Season 9 – Zombies Are Back (2022) dan Season 6 – Templar’s Oath (2023) akan dibuka semula, memberikan pemain lebih banyak pilihan.

Untuk info lanjut dan terkini tentang kolaborasi Gundam, layari laman web Call of Duty: Mobile.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of Duty: Mobilegundam
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

Next Post

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!
Berita

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

June 26, 2025
Umamusume: Pretty Derby Berlumba ke Malaysia! Sambutan Awal Cukup Positif!
Berita

Umamusume: Pretty Derby Berlumba ke Malaysia! Sambutan Awal Cukup Positif!

June 26, 2025
Next Post
Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Reviu F1 the Movie - Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd