Mode battle royale Call of Duty yang ditunggu-tunggu secara rasminya telah diumumkan hari ini. Call of Duty: Warzone akan hadir pada 10 Mac dengan mode seramai 150 pemain, yang memanggil semua skuad untuk berkumpul dalam format “last man standing“. Mode ini percuma untuk bermain dan termasuk juga mode Plunder. Mode permainan ini akan dilancarkan untuk pemain yang memiliki Modern Warfare pada 10PM GMT dan 3AM GMT untuk pemain yang tidak memiliki Modern Warfare.
“Anda tidak perlu mempunyai versi penuh Call of Duty: Modern Warfare untuk memuat turun, bermain dan nikmati Warzone. Call of Duty: Warzone adalah percuma untuk semua orang,” kata Activision. “Pada hari pelancaran, pemain boleh bertanding secara trio dengan rakan-rakan di Playstation 4, Battle.net untuk PC, atau Xbox One dalam dua mode permainan: Battle Royale dan Plunder.”
Berikut adalah rumusan daripada developer:
“Dalam Battle Royale, bertarung untuk menjadi skuad terakhir sambil melarikan diri dari gas bahaya dalam bulatan yang semakin mengecil dengan sehingga 150 pemain.”
“Dalam Plunder, berlumba untuk mengumpul in-match Cash di seluruh peta, membunuh musuh untuk mencuri Cash mereka, dan menyelesaikan in-match Contract (misi pendek).”
Lihat trailer di bawah:
Warzone akan berlangsung di Verdansk, sebuah bandar besar dan luas yang menjadi tuan rumah kepada 150 pemain. Akan ada pelbagai zon bernama dan lebih daripada 300 lokasi menarik di peta ini. Setiap zon mempunyai mercu tanda yang berbeza seperti Gorengard Lumber Yard atau Gora Dam, bersama dengan unsur-unsur yang berbeza untuk bahagian-bahagian yang berlainan di bandar. Mode permainan Battle Royale juga menampilkan kenderaan seperti ATV, Tactical Rover, SUV, Cargo Truck, dan Helicopter.
Satu perkara yang membezakan battle royale ini daripada daripada permainan video lain adalah apabila pemain dihantar ke Gulag selepas dibunuh.
“Selepas mati buat kali pertama, anda akan menjadi ‘Prisoner of Warzone‘ dan dicampak ke Gulag,” jelas Activision.”Di sana nasib anda akan diuji ketika pemain menonton banduan lain bertarung sehingga mati. Apabila giliran anda tiba, anda akan memasuki Gulag dan bertarung secara 1v1 untuk mendapatkan ganjaran paling unggul – peluang untuk hidup semula. Menang pertarungan ini dan kembali ke Verdansk. Kalah dan doalah skuad anda selesaikan misi Contract untuk memperoleh Cash yang cukup bagi menghidupkan anda. ”
https://twitter.com/CallofDuty/status/1237081978593103874
@gamersantaimy
Discussion about this post