Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cabaran minggu ke-9 Fortnite: Tarian Antara Arca Ais, Ride Volcano Vents dan Banyak Lagi

Woohoooo ada yang dah try ke tu?

Nyny.A by Nyny.A
April 26, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Cabaran minggu ke-9 Fortnite: Tarian Antara Arca Ais, Ride Volcano Vents dan Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu besar untuk Fortnite telah pun bermula bagi minggu ke-9 musim ke-8 beserta acara crossover Avengers: Endgame. Acara Avengers yang turut memberi kesempatan kepada pemain untuk menggunakan senjata ikonik terhadap Thanos dan tenteranya Chitauri. Di samping itu, juga terdapat satu kelompok baru untuk cabaran mingguan yang anda perlu selesaikan untuk membuka kesemua kosmetik yang disediakan untuk musim ini.

Cabaran minggu 9 musim 8 Fortnite termasuk perjalanan tiga Volcano Vents dan tarian di antara tiga cabaran arca ais. Selesaikan sekurang-kurangnya empat dari tujuh cabaran untuk memperoleh 9,000XP. Set ini telah dikeluarkan pada 25 April.

No Caption Provided

Jadi kat sini kami akan kongsikan apa yang ada pada musim ini. Yang pertama adalah Menaiki 3 Volcano Vents yang berbeza tanpa mendarat (Ride 3 different Volcano Vents without landing);

Meluncur dari satu Volcano Vent kepada yang lain dan kemudian luncuran yang ketiga tanpa menyentuh tanah. Volcano Vents biasanya muncul di kawasan biome hutan dan sekitarnya tetapi ada satu tempat khususnya di mana terdapat hampir sedozen vents yang boleh diakses. Lokasi hotspot di barat laut gunung berapi ini mempunyai lekuk di sekeliling mata air di mana cabaran ini dapat diselesaikan dengan mudah. Peta untuk lokasi yang tepat:

Yang kedua Mendarat di Loot Lake (Land at Loot Lake); 

Satu lagi cabaran pelbagai tahap yang anda perlu mendarat di lokasi tertentu. Sila ambil perhatian bahawa anda wajib melengkapkan perlawanan sama ada mendapat tempat pertama atau mati secara normal. Itu bermaksud anda tak boleh siapkan cabaran dan terus keluar dari perlawanan, jika tidak cabaran tersebut tidak dikira. Senarai penuh lokasi:
  • Stage 1: Land at Loot Lake
  • Stage 2: Land at Lucky Landing
  • Stage 3: Land at Salty Springs
  • Stage 4: Land at Lonely Lodge
  • Stage 5: Land at Haunted Hills

Yang ketiga mencari peti harta karun di Polar Peak atau Lonely Lodge (Search chests at Polar Peak or Lonely Lodge);

Cari tujuh peti di Puncak Polar atau Lonely Lodge atau kedua-duanya terus! Pilih lokasi pilihan anda dan buka semua peti anda di sana. Sebaik sahaja anda memulakan perlawanan, cuba mendarat di lokasi paling jauh dari laluan bas pertempuran untuk meminimumkan jumlah pemain yang anda tempuhi.

S7Chest73.jpg

Yang keempat pula adalah Menari Diantara Tiga Arca Ais

Cari lokasi dan turun dalam cabaran tiga peringkat. Setelah anda mengetahui lokasi, turun di lokasi itu dan lakukan emote menyelesaikan cabran itu. Ini ketiga-tiga kawasan nya

Yang kelima anda harus lah melakukan kerosakan kepada musuh seingga mencecah 500 (Deal damage to opponents from below)

Lakukan 500 kerosakan kepada musuh dari ketinggian yang lebih rendah. Ini bermakna anda boleh bersedia di bahagian bawah bukit atau hanya tunggu musuh menyiapkan bangunan dan memanjatnya untuk menyerang dari situ.

Yang keenam pula Menyelamatkan rakan anda di Reboot Van (Revive a teammate at a Reboot Van)

Seperti yang anda tahu Reboot Van telah pun hadir di Fortnite awal bulan lalu. Jadi ikut prosidur seperti biasa untuk menyelamatkan kawan. Kat sini kami kongsikan peta dimana hadirnya Reboot van;

Dan yang terakhir sekali Menghapuskan Lawan dalam Pelawanan yang Berbeza (Eliminate an opponent in different matches)

Mengalahkan sekurang-kurangnya satu musuh dalam lima pertandingan yang berbeza. Sekiranya anda tidak membunuh dalam mod utama, gunakan spin Team Rumble dan cuba turunkan musuh dalam kumpulan besar.

Itu sahaja kesemua cabaran yang harus dilakukan, macam mana ada yang dapat selesaikannya dalam masa sehari ni ke? Jangan lupa kongsikan pada kami ya.

Sumber: IGN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FortniteFortnite updateFortnite week 9 challenges
Previous Post

Suara di belakang watak-watak Mortal Kombat 11! Mari mengenali mereka!

Next Post

Ubisoft akan memberi ganjaran percuma jika pemain bantu report bug Rainbow Six Siege!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ubisoft akan memberi ganjaran percuma jika pemain bantu report bug Rainbow Six Siege!

Ubisoft akan memberi ganjaran percuma jika pemain bantu report bug Rainbow Six Siege!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd