God of War Ragnarök akan dilancarkan pada 9 November ini, tetapi beberapa pemain telah pun mendapatkan salinan game tersebut untuk diulas. Review untuk game tersebut juga telah rasmi dikeluarkan dengan hampir semua media game memberikan markah penuh untuknya. Ia juga dapat dimainkan dengan baik pada PS4 tetapi anda akan mendengar bunyi kipas yang sangat kuat apabila bermain God of War Ragnarök.

Menurut beberapa pemain PS4, bunyi kipas tersebut sangat kuat hampir sama seperti jet. Walaupun begitu, game dapat bermain dengan sangat baik dan lancar. Untuk sebuah konsol yang berumur hampir sedekad, rasanya tidak pelik mengapa ia mengeluarkan bunyi yang begitu kuat. Lebih-lebih lagi game itu memerlukan sumber yang banyak.
Kalau nak dibandingkan dengan konsol PS5, memang grafiknya tidaklah secantik seperti konsol tersebut. Tetapi untuk game tersebut dimainkan dengan lancar pada PS4, rasanya pembangun telah melakukan kerja yang bagus dalam optimumkan game tersebut. Cuma itulah, hardware konsol terpaksa kerja lebih sedikit, sebab itu ia mengeluarkan bunyi kipas yang kuat.

Selalunya kalau kipas konsol berbunyi kuat sebegitu, mesti ramai pemain yang risau dengan keadaan konsol tersebut. Boleh jadi juga konsol tersebut overheat yang boleh mengakibatkan kerosakan padanya. Tetapi menurut pemain PS4, game God of War masih lagi berjalan dengan baik selepas tiga jam bermain.
Tidak tahulah jika ia akan menjadi isu untuk konsol pengguna lain pula. Lagipun setiap orang ada cara masing-masing dalam penggunaan dan penjagaan konsol mereka.

Anda pula bagaimana? Adakah anda akan bermain di PS5 ataupun PS4? Kami juga telah mengeluarkan review untuk game tersebut! Untuk mendapatkan segala liputan tentang God of War daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post