Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Bukan paru-paru saja, rokok juga merosakkan konsol” – kata pemilik PS4!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 31, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PS4
0 0
0
“Bukan paru-paru saja, rokok juga merosakkan konsol” – kata pemilik PS4!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita semua tahu bahawa merokok boleh membahayakan pelbagai organ manusia, terutamanya paru-paru dan menyebabkan kanser. Namun, siapa sangka yang rokok/aktiviti merokok juga boleh merosakkan sistem konsol gaming seperti PS4. Kini viral di Reddit, sebuah posting menunjukkan bahawa gamer yang merokok boleh mengakibatkan kerosakan besar pada konsol gaming mereka.

Secara khususnya, maklumat ini berasal daripada Polak5677 di Reddit PlayStation (melalui Gamebrott). Kisahnya begini:

Polak5677 diminta untuk membuka sebuah sistem PS4 dan membersihkan kandungan dalaman oleh pemilik konsol itu (yang merokok), tetapi terkejut selepas melihat isinya. Melalui gambar yang dimuat naik; segala kipas, sistem ventilasi dan bahagian lain telah diselaputi habuk yang banyak iaitu kotoran bercampuran debu dan tembakau.

Walaupun mudah dibersihkan, tetapi bau nikotin masih melekat di dalam PS4, menurut kata Polak5677. Tidak lama selepas itu, posting ini menjadi viral di mana ramai memberi pendapat masing-masing.

Terang-terang, lelaki ini bermain game sambil menghisap rokok, jadi semasa memetik batang rokok, segala abu mungkin terjatuh di dalam konsol PS4. Andai kata masalah ini dibiarkan, apa yang akan terjadi?

Pertama sekali, konsol anda akan mudah panas kerana sistem kipas dan ruang ventilasi penuh dengan habuk. Apabila panas, sistem tidak boleh berprestasi 100% pada output maksimum dan akan terasa “lembap”. Bukan itu sahaja, keadaan ini akan membuatkan konsol mudah rosak.

Malah, jika pemilik konsol tanpa sengaja terpetik bara api, bukan abu – insiden ini boleh menyebabkan kebakaran. Jadi saya mohon semua gamer yang merokok untuk berhati-hati. Saya faham ia sukar untuk menghentikan tabiat merokok (sebab saya pun perokok) tetapi seelok-eloknya kita menjaga juga supaya tiada perkara buruk berlaku.

Jika konsol atau sistem gaming anda tidak beroperasi seperti normal, saya sarankan anda untuk bertemu dengan pakar. Mana lah tahu anda pun mengalami masalah yang sama seperti lelaki di atas.

Untuk membaca segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PS4rokok
Previous Post

Fuse dan Bloodhound mengaku “couple” – Apex Legends kenalkan pasangan LGBT pertama!

Next Post

Preview ‘Combat Thresher’ – Kad unik daripada set MtG: The Brother’s War!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
Preview ‘Combat Thresher’ – Kad unik daripada set MtG: The Brother’s War!

Preview 'Combat Thresher' - Kad unik daripada set MtG: The Brother's War!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd