Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Siri terpaksa lemahkan Naruto & Sasuke untuk masa depan jalan cerita!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Boruto: Siri terpaksa lemahkan Naruto & Sasuke untuk masa depan jalan cerita!

Sumber - Gobonastick

Share on FacebookShare on Twitter

Manga Boruto: Naruto Next Generations baru saja mengeluarkan bab besar, yang bagi saya, telah mengubah keseluruhan jalan cerita dalam cara yang drastik. Jika anda tidak tahu, pertarungan dengan Otsutsuki Isshiki dan Otsutsuki Momoshiki (yang merasuk tubuh Boruto) telah menyebabkan kematian Kurama, dan kehilangan Rinnegan milik Sasuke.

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 55: Will Naruto live or die? All will be revealed in this chapter! Read it FREE from the official source! https://t.co/Gr6S45VYCD pic.twitter.com/zS3jRtJtwd

— Shonen Jump (@shonenjump) February 19, 2021

Dua shinobi terkuat Konoha kini tidak seperti dulu – di mana ramai yang tertanya; “Apa akan jadi kepada Naruto dan Sasuke? Adakah perkara ini boleh dielakkan?” Jawapannya ialah tidak.

Bagi pendapat saya, siri Boruto: Naruto Next Generations bukannya sekuel yang benar-benar menumpukan perhatian pada generasi baru. Dalam anime, kita melihat perkembangan banyak watak ikonik dari siri asli Naruto dan kehidupan mereka selepas tamatnya Fourth Shinobi World War. Sebagai peminat, sudah tentu saya gembira dapat melihat perkembangan watak-watak kesayangan tetapi sampai bila?

Nama cerita pun Boruto, jadi mestilah siri ini memfokuskan pada watak utamanya (Boruto), dan rakan-rakan. Malangnya, Boruto tidak akan menjadi fokus utama jika watak-watak seperti Naruto dan Sasuke masih ada untuk menyelamatkan keadaan.

Sasuke yang kehilangan mata kiri & Naruto tanpa misai

Implikasi pada Naruto dan Sasuke di manga Boruto bab #55 memberi peluang yang diperlukan oleh siri ini untuk berkembang. Lagipun, mestilah ramai yang berharap pada Boruto dan rakan-rakan untuk menyelamatkan dunia apabila Naruto dan Sasuke kecundang satu hari nanti. Ini boleh dilihat semasa adegan flash-forward dalam debut Boruto, yang menunjukkan Boruto versi remaja dan sahabatnya Kawaki bertarung di Konoha yang hancur.

Walaupun tanpa Kurama, Naruto masih kuat tetapi ia adalah hakikat bahawa Kurama merupakan sumber kuasa utama untuk Naruto. Tanpa Kurama, Naruto tidak akan “survive” kebanyakan pertarungannya. Kelemahan Sasuke pula lebih literal. Dia bukan sahaja kehilangan tangan, malah kini tiada mata Rinnegan yang kuat. Adakah dia akan hilang anggota badan lain dalam masa terdekat? Saya pun tidak tahu.

Dengan kehilangan dua kuasa besar ini, Konoha dalam keadaan yang lebih lemah dari sebelum ini. Ramai peminat ingin melihat kehebatan generasi Boruto, dan inilah masa yang paling sesuai untuk mereka menyerlah. Apa pendapat anda? Jom berkongsi dengan saya dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang siri Boruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borutomanganarutosasuke
Previous Post

Dragon Ball Super: Kewujudan mutiara naga baru & kelahiran pahlawan paling hebat di alam semesta!

Next Post

THE BURGLE CATS Secara Rasmi Dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris untuk iOS & Android!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
THE BURGLE CATS Secara Rasmi Dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris untuk iOS & Android!

THE BURGLE CATS Secara Rasmi Dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris untuk iOS & Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd