Hari ini, 2K dan Gearbox Software secara rasmi mengumumkan bahawa Borderlands 4, entri seterusnya dalam francais looter-shooter ikonik ini, akan dilancarkan pada 2025 di PlayStation 5, Xbox Series X| S, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Game ini kini tersedia untuk wishlist.
Borderlands 4 diumumkan semasa gamescom 2024 Opening Night Live dengan teaser trailer yang memberi visual pertama tentang planet serba baharu. Sebagai game utama ke-4 dan game ke-7 dalam keseluruhan francais, pemain sekali lagi akan memainkan peranan sebagai Vault Hunter yang legenda semasa mereka mencari harta karun rahsia milik makhluk asing sambil menembak segala perkara yang mereka lihat.

Franchise Borderlands telah menjual lebih daripada 87 juta salinan setakat ini, lalu menerima pujian positif daripada para pengkritik dan peminat. Dengan watak yang tidak dapat dilupakan, world building yang mendalam, dan beratus-ratus senjata unik, francais ini telah mengukuhkan dirinya sebagai siri shooter yang mesti dimainkan.

Randy Pitchford, Pengasas dan Presiden Gearbox Entertainment berkata:
“Pasukan dan saya di Gearbox mempunyai banyak perkara yang ingin kami lakukan dengan Borderlands sejak mula-mula memperkenalkan genre looter shooter kepada dunia dengan game original asal.
Kami semua di Gearbox mempunyai cita-cita besar untuk Borderlands 4 dan meletakkan segala yang ada untuk menjadikan semua yang kami suka tentang Borderlands lebih baik berbanding sebelum ini sambil membawa game ini ke tahap baharu dalam hala tuju baharu yang menarik.”

Setakat ini, itu sahaja yang diumumkan. Maklumat lain seperti gameplay, watak, dan tarikh keluaran masih belum didedahkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post