Selepas mempunyai banyak kolaborasi bersama anime Jepun, kini PUBG Mobile akan membawa salah satu animasi dari tanah air kita sendiri Malaysia iaitu BoBoiBoy. Mereka telah mengeluarkan teaser semalam, dengan memberikan sedikit pandangan dan akan tiba pada bulan Oktober 2022! Bersama-sama dengan posting tersebut, mereka meletakkan caption “Awak juga boleh menjadi Superhero!”.
Melalui video teaser tersebut, mereka telah menampilkan 2 hero utama dan popular dalam siri animasi tersebut iaitu Boboiboy dan besar kemungkinan adalah Fang. Jika Boboiboy, kita boleh lihat yang reka bentuk yang sangat unik dan pemakaian topi, baju dan beberapa aksesori yang ada pada bajunya.

Manakala yang Fang pula, mereka mendedahkan reka bentuk kasut, beberapa aksesori yang ada pada pemakaiannya dan muka Fang yang ditutup dengan pelitup muka. Ia ternyata jelas yang dia ialah Fang. Lagi-lagi dengan aksesori yang berwarna ungu, ia telah menjadi warna tema bagi watak ini dan terdapat tulisan “Shadow Reign” pada pakaiannya.

Saya tidak pasti sama ada PUBG Mobile akan membawa watak lain masuk ke dalam game atau bagaimana. Buat masa sekarang, tidak banyak yang didedahkan mengenai kolaborasi ini. Tambah pula dengan semua elemen Boboiboy ditunjukkan, adakah mereka akan membawa mode baharu di mana pemain boleh mempunyai kuasa? Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya.
Ingin diingatkan bahawa kolaborasi PUBG Mobile bersama BoboiBoy akan tiba pada bulan Oktober 2022. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post