Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[BlizzConline 2021] WoW: Shadowlands mengumumkan content update “Chains of Domination”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 20, 2021
in Acara, Artikel, Battle.net, Berita, PC
0 0
0
[BlizzConline 2021] WoW: Shadowlands mengumumkan content update “Chains of Domination”!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara dalam talian BlizzCon 2021 kini sudah bermula. Seperti yang dijangkakan, update besar pertama untuk Shadowlands akan datang tidak lama lagi iaitu Chains of Domination, update 9.1 untuk World of Warcraft!

Pengumuman Chains of Domination ditemani dengan sebuah trailer sinematik yang menarik, yang menunjukkan konfrontasi antara pemimpin Anduin dan pengkhianat Sylvanas, di mana Anduin mendesak Sylvanas untuk mempertimbangkan semula kesetiaannya. Dari sana, ia beralih ke Anduin (yang dirasuk oleh Jailer) sedang menyerang Bastion.

Pelbagai kandungan untuk update Chains of Domination telah didedahkan, dengan lebih banyak maklumat akan didedahkan kemudian semasa acara BlizzCon. Chains of Domination akan merangkumi kandungan seperti wilayah baru, “raid” besar-besaran dengan 10 bos, dan penjara bawah tanah yang dihuni oleh 8 bos. Ini disertakan sekali bersama perubahan-perubahan lain seperti ciri penerbangan di zon awal Shadowlands, serta kemaskini teknikal.

Yang peliknya, cuma ada satu info sahaja yang tidak diberitahu mengenai update Chains of Domination iaitu tarikh pelepasan. Blizzard memberitahu bahawa mereka belum bersedia untuk berkongsi bila Chains of Domination akan dilancarkan dan ini mungkin menunjukkan bahawa pandemik telah mengganggu rancangan produksi Blizzard. Semoga kita akan mendapat maklumat yang lebih spesifik tentang content baru Blizzard pada tahun 2021 semasa acara BlizzCon. Jika tidak, nampaknya perlu menunggu untuk masa yang lebih lama lagi.

World of Warcraft: Shadowlands kini tersedia di PC. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
World of Warcraft: Shadowlands
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date: 2020-10-27
Microsoft Windows
World of Warcraft: Shadowlands adalah pek pengembangan kelapan untuk permainan main peranan dalam talian berbilang pemain World of Warcraft, berikutan Battle for Azeroth.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chains of DominationUpdateWorld of WarcraftWorld of Warcraft: Shadowlands
Previous Post

[BlizzConline 2021] Tiga game klasik dikumpulkan dalam Blizzard Arcade Collection!

Next Post

[BlizzConline 2021] Diablo 4 mengumumkan kelas baru Rogue!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[BlizzConline 2021] Diablo 4 mengumumkan kelas baru Rogue!

[BlizzConline 2021] Diablo 4 mengumumkan kelas baru Rogue!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd