Sebuah expansion baru telah diumumkan untuk Hearthstone di BlizzCon 2021. Diberi nama Forged in the Barrens, expansion ini akan memulakan tahun baru penuh dengan kandungan unik, yang akan dikenali sebagai Year of the Gryphon.
Berita ini datang selepas pendedahan Classic Mode untuk permainan. Dalam mod ini, pemain hanya boleh menggunakan set kad asas, di mana kad-kad tersebut akan kembali kepada penampilan pertama dalam permainan.

Di samping itu, expansion Forged in the Barrens telah menambah keyword baru untuk minion bernama Frenzy. Frenzy akan aktif apabila sebuah kad terselamat selepas diserang buat pertama kalinya. Keyword Frenzy milik Razormane Raider akan menyerang musuh secara rawak, manakala keyword Frenzy milk Blademaster Samuro akan melakukan damage yang sama kepada semua musuh.
Hearthstone kini tersedia untuk PC dan peranti mudah alih. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post