Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blizzard Menyambut Ulang Tahun Warcraft, Kolaborasi Baru Overwatch 2 & Ciri ‘Mercenary’ Diablo IV Di gamescom 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2024
in Artikel, Berita, Livestream, MMORPG, PC, RPG
0 0
0
Blizzard Menyambut Ulang Tahun Warcraft, Kolaborasi Baru Overwatch 2 & Ciri ‘Mercenary’ Diablo IV Di gamescom 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Di gamescom 2024 hari ini, Johanna Faries selaku Presiden Blizzard Entertainment, telah hadir ke pentas Opening Night Live untuk meraikan Ulang Tahun ke-30 Warcraft sebelum pelancaran akses awal The War Within.

Selain itu, beliau juga mengusik kolaborasi World of Warcraft akan datang bersama Overwatch 2 pada bulan September, dan mendedahkan sinematik khas untuk rakan Mercenary dalam Diablo IV: Vessel of Hatred. Berikut adalah info lengkap:

World of Warcraft: The War Within

World of Warcraft: The War Within akan dilancarkan secara global pada 26 Ogos manakala akses awal akan bermula 23 Ogos. Blizzard juga mendedahkan bahawa Warcraft Direct pertama akan diadakan pada hujung tahun ini, di mana pasukan akan berkongsi lebih lanjut tentang perkara akan datang pada masa hadapan. Acara in-game yang meraikan ulang tahun ke-30 World of Warcraft akan bermula pada hujung Oktober ini, membolehkan pemain meneroka sejarah Azeroth sambil memperoleh ganjaran.

Overwatch 2

Kredit: Blizzard

Untuk meraikan ulang tahun Warcraft yang ke-30, Overwatch 2 memperkenalkan skin baharu pertama untuk Widowmaker, yang meluahkan kesetiaannya kepada Horde sebagai Sylvanas Windrunner pada September ini.

Diablo IV

Brent Gibson, pengarah untuk Diablo IV: Vessel of Hatred menyertai Johanna di atas pentas untuk mempamerkan trailer ‘Mercenaries’, menyerlahkan ciri terbaharu untuk expansion tersebut yang bakal dikeluarkan pada 8 Oktober. Vessel of Hatred akan membawa beberapa kandungan baharu termasuk:

  • Mercenary – Individu dengan kemahiran luar biasa, bersedia untuk bertarung bersama pemain
  • Kurast Undercity – dungeon berbilang peringkat baharu
  • Dark Citadel – dungeon PvE co-op baharu

Apa yang Blizzard kongsikan hari ini di gamescom 2024 hanyalah sebahagian daripada apa yang tersedia. Nantikan butiran lanjut dalam siaran Xbox nanti!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IVOverwatch 2warcraft
ShareTweetSend
Previous Post

[BIC 2024] Interviu The Crush House – Rancangan Realiti TV Bertukar Jadi Game?

Next Post

Indiana Jones and the Great Circle Umum Tarikh Keluaran, Gameplay Baharu Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Indiana Jones and the Great Circle Umum Tarikh Keluaran, Gameplay Baharu Didedahkan!

Indiana Jones and the Great Circle Umum Tarikh Keluaran, Gameplay Baharu Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd