Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach memperkenalkan “Sternritter”, musuh terbaru Ichigo rupanya Quincy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach memperkenalkan “Sternritter”, musuh terbaru Ichigo rupanya Quincy!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan ketibaan musim finale Bleach: The Thousand-Year Blood War, ia sepatutnya akan menjadi saga terbesar dan terhebat dalam siri kerana menampilkan perang habis-habisan antara Shinigami dan Quincy. Buat masa ini, Bleach: TYBW telah menayangkan episod ke-3 dan buat kali pertama, kita mendapat pandangan yang jelas tentang pasukan jahat utama iaitu Sternritter.

Buat masa ini, info masih tidak banyak jadi saya cuba jelaskan apa yang boleh sudah didedahkan tentang Sternritter.

Siapakah mereka?

Sternritter ialah sekumpulan pahlawan Quincy elit yang pakar dalam memburu Shinigami. Disebabkan kebolehan setiap Sternritter adalah hampir setanding (mungkin lebih kuat) daripada kapten Gotei 13. Oleh itu, mereka adalah Quincy yang paling berkuasa di Wandernreich, tanah air Quincy.

Kemahiran Sternritter & kebolehan untuk mencuri Bankai

Setiap Sternritter mempunyai abiliti basic yang sama, iaitu Reishi Manipulation dan Spirit Weapon yang biasanya datang dalam bentuk busur dan anak panah. Selain itu, terdapat juga alat khusus lain yang boleh mereka gunakan untuk membantu dalam pertempuran.

Walau bagaimanapun, senjata terhebat Sternritter seharusnya adalah Medallion. Apa yang membuatkan Medallion istimewa adalah kerana ia mempunyai kuasa untuk mencuri Bankai milik Shinigami yang berdekatan. Cuma, ada syarat yang mereka perlu patuhi.

Mereka tidak boleh mencuri mana-mana Bankai milik Shinigami sesuka hati daripada jauh. Hanya apabila seorang Shinigami mengaktifkan bankai, barulah Sternritter dengan bebas boleh mencuri Bankai mereka.

Apa yang membuatkan alat ini lebih bahaya adalah si Sternritter boleh menggunakan Bankai yang mereka curi. Sebaliknya, Shinigami tersebut tidak boleh lagi menggunakan Bankai mereka sehingga ia dikembalikan.


Buat masa ini, itu sahaja info yang kami tahu tentang Sternritter berdasarkan anime Bleach. Apabila lebih banyak info didedahkan, kami akan mengemas kini artikel dengan sewajarnya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach termasuk fakta dan trivia menarik, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachQuincySternritter
Previous Post

Senarai guru-guru Naruto yang mengajarnya sehingga menjadi Hokage!

Next Post

Wo Long: Fallen Dynasty bakal dilancarkan pada 3 Mac 2023 di PC & konsol!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Wo Long: Fallen Dynasty bakal dilancarkan pada 3 Mac 2023 di PC & konsol!

Wo Long: Fallen Dynasty bakal dilancarkan pada 3 Mac 2023 di PC & konsol!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd