Selepas menunggu sekian lama, akhirnya Bleach: Thousand Year Blood War (TYBW) kembali dengan Part 2! Merupakan episod ke-14 dalam musim finale, episod ini bernama Last 9 Days dan menceritakan tentang kesinambungan perang Shinigami vs Quincy. Khususnya, kita dapat tahu mengapa Ishida Uryu mengkhianati Kurosaki Ichigo dan bagaimana dia dipilih sebagai pewaris kepada Raja Quincy, Yhwach.
Berikut adalah rumusan untuk apa yang berlaku:

Di markas Quincy, para Sternritter dan Soldat (askar-aksar Quincy) berkumpul di hadapan pentas. Yhwach naik ke atas pentas tersebutdan berdiri di tengah, di mana Jugram Haschwalth (orang kanannya) mengarahkan semua untuk memberi tabik hormat.
Yhwach mengucapkan terima kasih kepada semua Sternritter yang hadir, lalu menceritakan bagaimana warga Quincy diserang secara kejam oleh Shinigami pada seribu tahun yang lalu. Peperangan ini menyebabkan kehilangan banyak nyawa sehingga mereka yang terselamat perlu bersembunyi di Schatten Bereich (kubu Quincy) dan menanggung penghinaan itu selama seribu tahun berikutnya. Kini, perang terakhir akan bermula dan sudah tiba masanya untuk mereka memusnahkan Shinigami dan mengembalikan semula kehormatan Quincy.

Selepas senyap seketika, Yhwach memberitahu para askar bahawa dia masih mempunyai satu lagi pengumuman lalu meminta Ishida Uryu untuk naik ke pentas. Ramai yang tertanya mengapa dia berada di sini, di mana Yhwach mendedahkan bahawa Uryu, Quincy terakhir yang terselamat, akan menjadi penggantinya. Sudah tentu ramai yang terkejut tetapi Yhwach pesan tidak ada sebab untuk mereka bimbang kerana semua orang akan belajar tentang kuasa sebenar Uryu dalam pertarungan akan datang.

Tidak lama kemudian, adegan berpindah ke bilik kamar Yhwach. Kami dapat lihat dia menitiskan darah dari tangannya ke dalam cawan kecil lalu menyerahkan cawan itu kepada Uryu. Uryu bertanya tentang mengapa dia dipilih sebagai pengganti Yhwach.
Yhwach tidak memberi jawapan jelas, sebaliknya berkata ada sebab mengapa Uryu masih hidup sedangkan fenomena Auswählen (proses maut untuk mengagihkan kuasa Quincy) membunuh kesemua Gemischt Quincy (Quincy berdarah campur, tidak tulen) pada 9 tahun lalu. Uryu bukan sahaja satu-satunya Gemischt Quincy yang terselamat, malah dia juga mengekalkan semua kuasanya, manakala yang lain telah mati atau kehilangan kuasa.

Uryu sering tertanya mengapa dia seorang sahaja terselamat tetapi akhirnya mendapat jawapan itu melalui jurnal datuknya Ishida Soken serta belajar tentang siapa dirinya yang sebenar. Dia turut setuju dengan kata-kata Yhwach; bahawa Shinigami dan Quincy tidak akan bersama .
Untuk menyertai Yhwach demi menghapuskan Shinigami, Uryu telah memutuskan hubungan dengan semua orang yang dia rapat. Yhwach hanya senyum dan berkata bahawa Uryū memiliki sesuatu yang melebihi kuasanya sendiri.

Dia meminum darah dari cawan yang dihulurkan oleh Yhwach tadi. Akhir sekali, Yhwach memberitahu Uryū bahawa kuasa sebenarnya akan bangkit tidak lama lagi dan menganugerahkan “huruf” sama yang dia pegang – “A” (kuasa yang diberikan oleh Yhwach dilabelkan oleh huruf di mana huruf itu berkait rapat dengan nama dan kebolehan kuasa itu).
Nampaknya Ishida Uryu telah menjadi salah satu antagonis utama dalam musim finale Bleach. Mengapa dia boleh terselamat sedangkan ramai Quincy terbunuh? Apakah rahsia sebenar Uryu? Harap-harap episod baru akan beri jawapan yang kita inginkan. Kalau ingin berbincang, jom kongsikan pendapat masing-masing di ruang komen!
Baca segala berita kami tentang siri Bleach di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post