Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: ‘Division 0’ muncul, skuad paling penting di Soul Society

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: ‘Division 0’ muncul, skuad paling penting di Soul Society
Share on FacebookShare on Twitter

Episod terbaru Bleach sudah keluar dan untuk episod 8, peminat dapat melihat apa yang terjadi selepas pertarungan Ichigo dengan Yhwach. Soul Society di ambang kemusnahan, Kapten-Komander Gotei 13 telah mati dibunuh, beribu-ribu orang mati – semua seolah-olah putus asa. Jadi untuk melawan ancaman Yhwach, mereka terpaksa berpaling kepada “Division 0” yang dikatakan adalah skuad paling penting dalam sejarah Bleach.

Berikutan pencerobohan Yhwach, Division 0 akhirnya diperkenalkan buat kali pertama di mana kita dijelaskan tentang peranan mereka dan kenapa ahli skuad tidak turun untuk melindungi Soul Society.

Siapakah Division 0?

Division 0 (juga dikenali sebagai Royal Guard) diwujudkan untuk melindungi Soul King (pemimpin mutlak kepada dunia akhirat), Royal Family dan Istana Soul King.

Disebabkan fokus mereka hanya untuk Soul King, ahli Division 0 tidak akan bercampur tangan dalam hal Gotei 13 dan pertahanan Soul Society, walaupun ada ancaman besar seperti Yhwach, Aizen dan Arrancar. Mereka hanya akan melakukan apa sahaja yang dikehendaki atas perintah Raja sahaja.

Walaupun begitu, autoriti Division 0 jauh lebih penting daripada semua jenis organisasi dan peraturan Soul Society, malah setiap ahli skuad turut mempunyai bandar sendiri di Istana Soul King Palace.

Satu lagi fakta menarik adalah Division 0 tidak mempunyai askar, dan hanya terdiri daripada 5 anggota – semuanya bekas kapten. Walaupun jumlah sedikit, total kuasa mereka jauh lebih kuat daripada seluruh skuad Gotei 13. Bukan itu sahaja, setiap ahli Division 0 juga membuat banyak sumbangan penting kepada sejarah pembentukan Soul Society dan diakui oleh Soul King.

Berikut adalah senarai bio ringkas tentang setiap ahli:

Hyosube Ichibe – Ketua Division 0

Kanan: Hyosube Ichibe

Selaku ketua Division 0, Ichibe mempunyai abiliti untuk menentukan “nama sebenar” bagi semua perkara. Dia lah orang yang mencipta perkataan “Zanpakuto, Shikai dan Bankai”, dan adalah orang pertama yang menentukan nama semua benda/perkara dalam Soul Society. Disebabkan abiliti unik ini, Ichibe juga tahu nama setiap Zanpakuto yang pernah dicipta.

Selain itu, Ichibe boleh memanipulasi nama sesuatu perkara – tidak kira metafizik, makhluk hidup dan lain-lain. Sebagai contoh, dengan menukar nama sasaran kepada semut, musuh akan menjadi lemah seperti semut.

Kebijaksanaan diakui oleh Yhwach lantas membuatkan dirinya tergolong sebagai salah satu daripada “Special War Powers” dalam Soul Society.

Kirinji Tenjiro – Pegawai pertama Division 0

Tenjiro ialah seorang penyembuh/healer yang handal dan berpengalaman serta merupakan individu yang mengajar Unohana Retsu (Kapten Divisyen 4); seorang watak dianggap sebagai penyembuh terhebat dalam Soul Society.

Tenjiro yakin dia boleh menyembuhkan mana-mana kecederaan parah yang dialami oleh Shinigami walaupun ia tidak dapat dirawat oleh Unohana. Salah satu kaedah penyembuhannya yang unik memerlukan dua kolam air panas; selepas merendamkan badan, sebarang kecederaan akan hilang secara beransur-ansur.

Hikifune Kirio – Pegawai ke-2 Division 0

Kanan: Hikifune Kirio

Kirio ialah seorang tukang masak berkaliber tertinggi dan mempunyai kemahiran untuk mencipta makanan yang menakjubkan daripada bahan-bahan terbaik. Bagi Hikifune, “mengawal makanan bermakna mengawal kehidupan”; jadi dia memasak untuk memberi bentuk kepada kehidupan.

Menggunakan logik yang sama, dia merupakan pencipta Gikongan (pil yang memaksa roh keluar dari badan dan membolehkan roh buatan mengawalnya). Melalui masakan Kirio, ia boleh memperkasakan sesiapa yang memakannya ke tahap kuasa yang lebih tinggi buat sementara.

Nimaiya Oetsu – Pegawai ke-3 Division 0

Nimaiya ialah pencipta segala Zanpakuto dan oleh itu, merupakan orang paling berpengaruh dalam sejarah, pembinaan dan keupayaan setiap senjata. Selain mempunyai pemahaman paling luas tentang Zanpakuto, dia juga merupakan satu-satunya individu yang mampu membentuk semula Zanpakuto yang patah.

Shutara Senjumaru – Pegawai ke-4 Division 0

Senjumaru mempunyai Oken (dianggap “kunci” yang membolehkan laluan ke Istana Soul King) di dalam tulangnya, yang memberikannya dan mana-mana individu akses untuk keluar masuk ke Istana Soul King.

Bagi Senjumaru, Oken ini terdiri daripada rambut dan tulangnya, yang boleh digunakan untuk mencipta pakaian. Pakaian yang direka olehnya mempunyai kuasa pertahanan luar biasa, dan boleh melindungi pemakainya daripada 72 lapisan yang memisahkan dimensi Soul King dan Soul Society.


Selain daripada Division 0, korang juga membaca segala liputan kami tentang Bleach termasuk analisis episod baru dan fakta trivia menarik di pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachDivision 0
Previous Post

Far Cry 6: Lost Between Worlds Expansion, DLC akan tersedia 6 Disember ini!

Next Post

Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan Disember 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan Disember 2022!

Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan Disember 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd