Black Myth: Wukong mengenalkan diri buat pertama kali pada tiga tahun lalu, dan setiap tahun tanpa gagal, pembangun Game Science akan menunjukkan info baharu tentang game itu. Cuma kali ini, Black Myth: Wukong secara rasmi membuka halaman Steam dan Epic Games Store untuk mempersiapkan diri bagi pelancaran game pada tahun depan.
Malangnya, tarikh pelepasan tepat tidak diumumkan tetapi pemain boleh wishlist game ini dahulu di platform pilihan mereka.
Itu bukan sahaja yang kami peroleh kerana menurut IGN, Game Science akan mengadakan acara hands-on besar-besar Black Myth: Wukong di Hangzhou China. Kebanyakan info datang daripada demo ini yang menceritakan sistem pertempuran dan bos yang kita bakal hadapi.
Bagi mereka yang tidak tahu, Black Myth: Wukong dicipta berdasarkan novel klasik Cina ‘Journey to the West’ dan digambarkan sebagai game bergenre Soulslike. Di sini, pemain akan mengawal seekor monyet ala-ala Sun Wukong, yang digelar sebagai “The Destined One”, untuk melawan pelbagai jenis musuh mistik dan supernatural.

Walaupun Black Myth berkongsi banyak persamaan mekanik dengan siri Dark Souls, sistem pertempurannya agak berbeza daripada apa yang kita biasa tahu. Biasanya, dalam game soulslike menggunakan s seenjata perti pedang atau kapak tetapi dalam Black Myth: Wukong, senjata utama adalah tongkat.
Secara am, kita ada basic attack [light] dan [heavy] attack manakala protagonis boleh menukar antara tiga postur serangan berbeza termasuk Smash Form, Pillar Form dan Thrust Form pada bila-bila masa. Teknik pertempuran tongkat akan berubah mengikut pergerakan yang digunakan, lantas cipta irama dan pelbagai kombo, malah ubah kepanjangan tongkat dalam pertempuran.

Selain itu, sihir seperti Immobilize, Stone Solid, Ring of Fire, dan The Pluck of Many juga tersedia untuk digunakan. Protagonis juga ada dua kebolehan transformasi: di mana anda dapat mengubah menjadi Fireblade Wolf yang dilihat sebelum ini, manakala satu lagi mengubah anda kepada makhluk dengan serangan beracun.
Beberapa bos turut didedahkan termasuk:
- Centipede Guai
- Macaque Chief
- Tiger Vanguard
- General Bloodmoon
- Poisonous King

Lebih banyak info pasti akan didedahkan dalam masa terdekat sementara kita menunggu pelancaran Black Myth: Wukong pada Musim Panas 2024 (sekitar Jun – September 2024) pada platform PC melalui Steam, EGS, dan konsol generasi baru. Pada masa yang sama, Game Science akan menyertai Gamescom tahun ni dan akan menawarkan demo untuk pemain yang mengunjung acara tersebut.
Untuk membaca segala berita kami tentang Black Myth: Wukong, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post