Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Black Myth: Wukong Benchmark Tool’ Kini Tersedia Di Steam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
‘Black Myth: Wukong Benchmark Tool’ Kini Tersedia Di Steam
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena pelancaran Black Myth: Wukong tidak lama lagi, studio Game Science telah menyediakan ‘Black Myth: Wukong Benchmark Tool‘ di mana pemain boleh menggunakan aplikasi penanda aras tersebut untuk mempersiapkan sistem PC mereka bagi keluaran rasmi game akan datang.

Dihasilkan oleh Game Sciene, alat ini ialah aplikasi ‘PC benchmark’ yang dibangunkan khusus untuk Black Myth: Wukong. Bukan sebahagian daripada game itu sendiri dan tidak boleh dimainkan, sebaliknya aplikasi ini membolehkan pengguna menyemak prestasi perkakasan PC dan keserasian sistem untuk menjalankan game tersebut.

Ia menilai prestasi perkakasan anda dan keserasian sistem melalui real-time rendering untuk adegan in-game. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mengubahsuai tetapan benchmark untuk melihat visual dan prestasi permainan untuk pilihan grafik yang berbeza.

Kredit: Game Science

Menurut Game Sciene, mereka telah memastikan bahawa “keputusan benchmark menghampiri prestasi yang dijangkakan apabila bermain Black Myth: Wukong, namun, disebabkan kerumitan dan kebolehubahan senario dalam permainan, keputusan ujian mungkin tidak mewakili sepenuhnya pengalaman gameplay sebenar dan prestasi akhir apabila game ini dilancarkan secara rasmi.”

Studio turut menjelaskan bahawa “hasil keputusan benchmark boleh membantu pasukan pembangunan dalam mengenal pasti lebih baik potensi isu keserasian antara perisian dan perkakasan sebelum pelancaran rasmi. Ini akan memudahkan penilaian lanjut tentang potensi risiko dan isu prestasi, untuk meningkatkan kualiti keluaran rasmi Black Myth: Wukong.”

Kredit: Game Science

Buat masa ini, alat ini hanya tersedia melalui platform Steam. Sama ada anda telah membeli Black Myth: Wukong atau tidak, pengguna dialu-alukan untuk pergi ke Steam untuk memuat turun aplikasi ini secara percuma dan menjalankan benchmark.

Black Myth: Wukong akan tersedia secara rasmi pada 20 Ogos 2024, di PS5, Steam, dan Epic Games Store. Jika berminat, anda boleh pre-order sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Myth: WukongBlack Myth: Wukong Benchmark Tool
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Klasik ‘Evangelion’ Bakal Tiba Di Goddess Of Victory: Nikke!

Next Post

Adegan ‘Paling Tidak Boleh Dilupakan’ Dalam Anime One Piece, Menurut Peminat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Adegan ‘Paling Tidak Boleh Dilupakan’ Dalam Anime One Piece, Menurut Peminat!

Adegan 'Paling Tidak Boleh Dilupakan' Dalam Anime One Piece, Menurut Peminat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd