Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover: Asta menampilkan transformasi Devil Union paling kuat setakat ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 15, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover: Asta menampilkan transformasi Devil Union paling kuat setakat ini!

Sumber - AlsoKisan

Share on FacebookShare on Twitter

Pertarungan dengan Spade Kingdom kini memasuki fasa baru, di mana kita melihat Asta diberi salah satu peranan paling penting untuk melawan kuasa jahat Dark Triad. Selepas diajar oleh Nacht, Asta berjaya membuat Devil Binding Ritual dengan devil dalam badannnya, Liebe. Malangnya, latihan Asta tidak tamat di situ. Untuk benar-benar memahirkan diri, Asta terpaksa melatih kawalan Devil-nya lagi ketika Nacht dan kapten-kapten lain dari Clover Kingdom membuat serangan hendap ke atas Spade Kingdom demi menyelamatkan Yami dan Vangeance.

Black Clover, Ch. 282: Asta gives the Clover Kingdom a show they won’t soon forget! Read it FREE from the official source! https://t.co/Z7bTZKE4RP pic.twitter.com/xXwLKjSt1e

— Shonen Jump (@shonenjump) February 14, 2021

Bersambung daripada bab sebelum, kami menyaksikan Asta dan Liebe sedang bergegas pergi ke arah raksasa gergasi yang ingin menyerang Clover Kingdom. Tanpa melengahkan masa lagi, pembaca akhirnya dapat melihat transformasi penuh Devil Union milik Asta di manga bab 282. Tidak seperti bentuknya yang lama, Devil Union ini adalah transformasi lengkap yang merangkumi seluruh tubuh Asta dan bukan sahaja sebahagian dari tubuhnya. Walaupun ia ternyata jauh lebih kuat, Asta mendedahkan bahawa dia hanya dapat mengakses transformasi ini selama lima minit sahaja.

Dia dan Liebe tidak mempunyai tempoh masa yang lama untuk menguasai transformasi ini, jadi seperti mana-mana cerita shonen, sudah tentu kuasa hebat wira kami ada “time-limit“. Selepas pendedahan itu, Asta menggunakan abiliti anti-magic untuk memotong badan raksasa gergasi tersebut untuk menyelamatkan Wizard King, Damnatio, dan para penduduk Clover Kingdom!

Saya yakin Asta masih belum menunjukkan kekuatan 100% Devil Union ini tetapi adakah ia mempunyai teknik baru atau rahsia-rahsia lain? Peminat tidak perlu menunggu lama kerana di penghujung bab semasa, Asta sedang menuju dengan laju ke arah Spade Kingdom! Apa pendapat anda tentang bentuk Devil Union ini? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk baca segala liputan kami tentang Black Clover, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AstaBlack CloverDevil UnionLiebe
Previous Post

Digimon Adventure: Evolusi “mengejutkan” BlitzGreymon diperkenalkan dalam anime!

Next Post

Siri Kingdom Hearts akan hadir ke PC sebagai eksklusif di Epic Games Store

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siri Kingdom Hearts akan hadir ke PC sebagai eksklusif di Epic Games Store

Siri Kingdom Hearts akan hadir ke PC sebagai eksklusif di Epic Games Store

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd